PKR adakan Kongres Nasional di Melaka pada 25-28 Jun

Fahmi berkata keputusan itu dibuat oleh MPP PKR dalam mesyuarat bulanan yang berlangsung hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan selama empat hari di Melaka dari 25 hingga 28 Jun ini.
Ringkasan AI
- Kongres Nasional PKR akan berlangsung di Melaka dari 25 hingga 28 Jun; keputusan dibuat oleh MPP PKR dalam mesyuarat bulanan.
- Pelantikan Ex Officio Biro Politik PKR termasuk Dr Zaliha Mustafa dan lain-lain telah diputuskan oleh MPP.
- MPP turut meneliti ikhtiar terbaharu Kerajaan MADANI termasuk program pendidikan dan bantuan rakyat untuk memastikan kos sara hidup dapat ditangani serta membanteras rasuah dan kumpulan kartel.
Beliau berkata MPP turut memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Mohammed Taufiq Johari, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Ex Officio Biro Politik PKR.
Sementara itu, Datuk Jamawi Ja'afar, Datuk Ruji Ubi, Datuk Yamani Hafez Musa pula dilantik menjadi Ex Officio MPP PKR.
Fahmi berkata MPP turut meneliti pelaksanaan ikhtiar terbaharu Kerajaan MADANI, termasuk Rancangan Pendidikan Negara yang merupakan usaha menyeluruh bagi menjamin mutu pendidikan yang lebih baik serta mempersiapkan generasi muda menghadapi dunia digital yang makin mencabar.
Beliau berkata program bantuan rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Jualan Rahmah dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) juga dilihat boleh ditambah baik bagi memastikan isu kos sara hidup rakyat dapat ditangani dengan tuntas.
"Langkah-langkah membanteras rasuah dan kumpulan kartel turut disokong, agar dana rakyat tidak diseleweng untuk memperkaya kelompok tertentu," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


