awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR belum terima permohonan keanggotaan Tengku Zafrul - Fuziah

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
31/05/2025
01:30 MYT
PKR belum terima permohonan keanggotaan Tengku Zafrul - Fuziah
Menurut Fuziah, selepas permohonan dibuat secara dalam talian, ia akan diproses dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP). - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai parti itu, kata Dr Fuziah Salleh.
Menurut Setiausaha Agung PKR itu, semua permohonan keanggotaan parti berkenaan dilakukan secara dalam talian.
"Untuk makluman, selepas permohonan dibuat secara dalam talian, ia akan diproses dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
"Permohonan tersebut akan dipertimbangkan sewajarnya sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang, termasuk pandangan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Dr Fuziah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tengku Zafrul di laman sosial peribadi miliknya yang mengumumkan keputusannya meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.
Tambah Dr Fuziah, beliau turut dimaklumkan Tengku Zafrul akan menunaikan ibadah haji dalam masa terdekat.
"KEADILAN mendoakan agar beliau selamat pergi dan kembali serta memperoleh haji yang mabrur," katanya.
Setakat ini, belum ada maklum balas lanjut daripada Tengku Zafrul berhubung proses rasmi permohonan tersebut.
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#Kerajaan Perpaduan
#Parti Keadilan Rakyat
#MITI
#Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan