awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR dan DAP Sabah hampir lumpuh

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2016
09:25 MYT
PKR dan DAP Sabah hampir lumpuh
Lajim berserta tiga lagi ahli PKR isytihar keluar parti hari ini. - Gambar fail
Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin bersama seorang lagi pemimpin PKR iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terence Siambun dan ADUN Likas, Junz Wong sebentar tadi mengisytiharkan keluar parti.
Turut bersama mereka meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani dan ADUN Likas, Junz Wong.
Sementara itu, dua ahli DAP Sabah iaitu Timbalan Pengerusi, Joan Goh dan Naib Pengerusi, George Hiew turut membuat keputusan untuk meninggalkan parti.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Lajim berkata beliau akan menubuhkan parti baharu tempatan dan kini sedang dalam proses pendaftaran serta menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
"Kami mengharapkan dalam tempoh terdekat ini RoS akan memberikan kelulusan. Saya akan umumkan nama parti selepas mendapat kelulusan," katanya, dan menambah parti baharu tempatan itu adalah parti berbilang kaum.
Lajim juga berkata parti baharunya itu akan bekerjasama dengan parti pembangkang tempatan di Sabah termasuk parti baharu yang ditubuhkan bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.
Topic Berkaitan
#Johair Matlani
#Junz Wong
#Lakim Ukim
#Maijol Mahap
#Moyog
#PKR
#terence siambun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan