POLITICS
PKR lalui tiga zaman getir sebelum PRU-14 - Wan Azizah

Dr. Wan Azizah berkata demikian semasa ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan ke-13 di Shah Alam, hari ini. - Foto Bernama
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan zamannya dengan penuh semangat dan berkobar pada 1998 sebelum menyertai pilihan raya pertama sebagai sebuah parti politik pada 1999.
Kemenangan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (Pru-14) Mei lalu tidak hadir dengan dibentang 'permaidani merah'.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia bermula dengan pemenjaraan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mencetuskan tentangan kepada Barisan Nasional (BN).
Jelasnya, zaman getir kedua hadir pada Mac sehingga September 2004 yang melihat PKR hanya memenangi kerusi Permatang Pauh semasa pilihan raya pada masa itu.
"Masa itu dunia terasa gelap tiada lagi teriakkan reformasi. Namun ada insan-insan yang sebahagian besarnya tiada jawatan dan pangkat dalam parti tetap setia mendatangi Bukit Damansara bertanya khabar serta memberi sokongan dan doa berterusan.
"Terus hadir bersolat jemaah dan hajat di ruah, bantu menulis ucapan, bantu kewangan, tenaga dan idea. Merekalah 'unsung heroes' yang sering dilupakan tetapi InshaAllah teman-teman sekalian saya tetap akan mengingati kalian sehingga akhir hayat saya," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan ke-13 di sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, PRU-14 memberi kemenangan kepada PKR sekali gus membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Jelasnya, ia kini menjadi asas perjuangan PKR atas nilai demokrasi, hak asasi manusia dengan berteraskan prinsip keadilan, kebenaran dan kesaksamaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami