Tindakan PKR yang tidak menghormati syarat kerjasama menyebabkan Pas perlu menilai semula tahaluf siyasi dengan parti tersebut.
Namun, menurut Ketua Dewan Ulama Pas Melaka Zulkifli Ismail, keputusan akhir berhubung perkara ini akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.
"Kami akan mentaati sebarang keputusan yang dicapai di peringkat Majlis Syura," kata Zulkifli mewakili Dewan Ulama dalam mencadangkan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan di Muktamar Pas Pusat ke-63 hari ini.
Kini, usul tersebut akan dibincangkan di peringkat Majlis Syura Pas.
Sementara itu, perwakilan Pas Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyatakan sokongan terhadap usul berkenaan dengan memberi beberapa contoh pelanggaran syarat yang dibuat PKR.
"Selain daripada 'mencuri' Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar yang memenangi kerusi di bawah tiket Pas, PKR juga berkongsi pentas dengan Parti Amanah Negara yang terus menerus menyerang Pas dan menyokong mereka ketika Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar," kata Ahmad Fadhli yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas yang baharu.
Namun, beliau membuka peluang kepada ahli PKR untuk menyertai Gagasan Sejahtera jika masih ingin berjuang bersama Pas.
Hafiz Marzukhi
Sun Apr 30 2017
Keputusan akhir berhubung tahaluf siyasi dengan PKR akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. -Gambar fail
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Muktamar kecoh seketika kerana isu 'putuskan hubungan dengan DAP'
Beberapa ahli perwakilan PAS tidak puas hati dengan usul memutuskan kerjasama dengan DAP oleh Dewan Ulama PAS Pusat.
Dewan Ulama PAS sokong Garis Panduan Hiburan Dalam Islam
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata penggiat seni dan penganjur program hiburan perlu mengakui kewajaran penguatkuasaan garis panduan itu.
Ingkar terhadap Presiden satu kesalahan mandatori - Dewan Ulama PAS
Dewan Ulama PAS bersetuju menjadikan pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura dan keputusan Presiden parti, merupakan kesalahan mandatori.
Dewan Ulama PAS tidak harus buat benda remeh temeh - Dr Maszlee
Dewan Ulama PAS sepatutnya menjadi satu institusi yang mempunyai ciri dinamisme dan bukannya berurusan dengan perkara remeh temeh, kata Dr Maszlee Malik.
Dewan Ulama PAS Pusat lulus usul ambil tindakan disiplin terhadap 2 Adun di Selangor
Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul tindakan disiplin dikenakan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang dan Morib.
MB Selangor sedia ada perlu kekal - Dewan Ulama PAS
Pertukaran Menteri Besar Selangor adalah tidak perlu dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu kekal pada jawatannya, tegas Dewan Ulama PAS.
PAS ulangi pendirian laksana hukum Hudud
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini mengulangi pendirian mereka untuk melaksanakan hukum hudud, biarpun mendapat tentangan daripada rakan dalam pakatan pembangkang.