awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jururawat Jerman dipenjara mungkin dikaitkan dengan lebih 100 kematian - Pendakwa raya
Trump saman JPMorgan AS$5 bilion, dakwa akaun ditutup kerana tekanan politik
Lebam pada tangan Donald Trump cetus spekulasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM berjaya keluarkan negara daripada krisis COVID-19 - Kajian Ilham Centre

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2022
14:15 MYT
PM berjaya keluarkan negara daripada krisis COVID-19 - Kajian Ilham Centre
Kajian itu difokuskan kepada tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri dan dasar yang beliau telah perkenalkan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Satu kajian Ilham Centre bertajuk Kajian Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan beberapa keputusan dan tindakan yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam satu kenyataan, Ilham Centre mamklumkan kajian yang dilakukan dari 20 Oktober sehingga 6 November 2022 itu difokuskan lebih kepada tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri dan dasar yang beliau telah perkenalkan.
"Secara umum, skala 80 peratus menunjukkan responden bersetuju pembukaan semula ekonomi pada 1 April 2022 lalu merupakan tindakan tepat dan Perdana Menteri berjaya mengeluarkan negara daripada pandemik COVID-19 menuju fasa endemik.
"Selain itu, 78 peratus responden bersetuju terhadap peruntukan subsidi RM77.7 bilion oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang dianggap terbesar dirasakan perlu dalam menyokong pemulihan ekonomi negara. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bersifat berkala juga mencatat skor tertinggi iaitu 87.2 peratus.
"Dalam isu ekonomi, isu terkait rapat kepada rakyat jauh lebih menjadi keutamaan. Ini dibuktikan apabila 84.1 peratus bersetuju usaha Kerajaan melalui penetapan tarif elektrif serta kawalan harga barang keperluan asas perlu diteruskan untuk mengurangkan kesan buruk daripada tukaran mata wang asing berbanding ringgit dan inflasi yang dihadapi dunia pada ketika ini," katanya.
Dapatan itu membuktikan bahawa pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah tepat dan bersesuaian pada waktunya bagi mengurus krisis dalam krisis termasuk krisis kesihatan, politik dan ekonomi sepanjang pentadbiran beliau 13 bulan lalu.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#PRU15
#ILHAM Centre
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan