POLITIK
PM hadiri Mesyuarat Khas MKT UMNO

Mesyuarat bermula pada jam 8.30 malam itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar/ Twitter Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato' Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan Twitternya berkata, mesyuarat yang bermula jam 8.30 malam itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO tidak hadir ke sesi Taklimat Khas Presiden UMNO pada petang tadi kerana menghadiri program di Pahang.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami