POLITICS
PM minta kerajaan tidak terlalu selesa dengan kemenangan di DUN Ayer Kuning - Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan mengadakan sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebaliknya perlu bekerja lebih keras membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan untuk tidak terlalu selesa dengan kemenangan PRK DUN Ayer Kuning dan menekankan keperluan bekerja lebih keras menyelesaikan masalah rakyat.
- Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahan kerusi DUN Ayer Kuning dengan calon Dr Mohamad Yusri Bakir menang majoriti 5,006 undi, menjadikan kawasan itu terus menjadi kubu kuat BN sejak 1986.
- Perdana Menteri menyifatkan kemenangan sebagai petanda positif, dengan perubahan sokongan dalam kalangan pengundi muda dan Melayu meskipun peratusan keluar mengundi rendah.
"Jelas rakyat mendambakan bukan hanya kestabilan politik tetapi juga pentadbiran yang memacu pertumbuhan ekonomi yang menjaga kebajikan rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya dalam sidang media mingguan di sini hari ini.
Beliau berkata Perdana Menteri juga menyifatkan kemenangan itu sebagai petanda positif kerana berlaku perubahan sokongan dalam kalangan pengundi muda dan Melayu meskipun peratusan keluar mengundi rendah berbanding pada Pilihan Raya Umum lepas.
Fahmi juga berkata daripada 20 pusat daerah mengundi (PDM), 19 telah dimenangi oleh BN manakala satu sahaja dimenangi Perikatan Nasional (PN) dengan jumlah majoriti yang berkurangan malah terdapat tiga PDM di mana undi diperoleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengatasi PN.
Pada PRK DUN Ayer Kuning, BN berjaya mempertahan kerusi itu apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.
Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada PN yang memperoleh 6,059 undi dan calon PSM Bawani KS (1,106 undi).
Keputusan itu menyaksikan DUN Ayer Kuning terus menjadi kubu kuat BN yang dikuasai parti berkenaan sejak 1986.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami