awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum 18, 19 November cuti umum sempena PRU15

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2022
10:09 MYT
PM umum 18, 19 November cuti umum sempena PRU15
Ismail Sabti turut mengumumkan kerajaan bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan November diawalkan pada 17 November. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini diisytiharkan sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Wisma Cuepacs Putrajaya di sini hari ini.
PM umum cuti 18 dan 19 November ini
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan November diawalkan pada 17 November manakala bayaran pencen diawalkan pada 14 November.
“Bagi pesara pula, bayaran pencen diawalkan pada 14 November 2022.
"Ia diharap dapat meringankan beban kos penjawat awam yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.
Sah! 18 dan 19 November diumumkan sebagai cuti umum buat rakyat Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ikuti berita terkini di https://t.co/HapRkhv9ev #AWANInews pic.twitter.com/tXPIqi7JEa
— Astro AWANI (@501Awani) November 14, 2022
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: 'Zahid jadi PM hanya mainan parti lawan
SEMAK CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan, 30 syarikat konsesi lebuh raya bersetuju untuk memberikan tol percuma pada dua hari berkenaan.
“Tol percuma tersebut akan bermula dari pukul 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 November 2022, melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya,” katanya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Perdana Menteri
#cuti umum
#18 november
#tol percuma
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan