KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) pada Khamis melancarkan senarai Kabinet bayangan atau Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat gabungan itu.
Senarai itu dilancarkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat PN di salah sebuah hotel di sini pada Khamis.
Berdasarkan senarai itu, Muhyiddin dilantik sebagai ketua, manakala Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengisi jawatan sebagai timbalan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.
Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula kekal sebagai Ketua Pembangkang.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula kekal menerajui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim seperti yang disandang beliau ketika dalam kerajaan sebelum ini.
Turut dikekalkan dalam portfolio sama ketika dalam kerajaan sebelum ini adalah Ahli Parlimen Beluran yang kuga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Beliau sebelum ini menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang kini dijenamakan semula kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad juga turut dikekalkan dalam portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Putrajaya yang juga bekas Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin pula ke Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri.
Secara keseluruhan PN menyenaraikan 26 senarai kementerian dan ahli Kabinet kerajaan bayangan itu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 02 2023

Senarai Kabinet bayangan diumum Muhyiddin sebaik selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat PN di salah sebuah hotel di sini pada Khamis. - Sinar Harian

Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.
![AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015183/41774397131679489990358_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Hakim Rahman Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Bila puasa? pengumumannya sebentar lagi. - PM mula lawatan rasmi ke Arab Saudi, selesai tunai umrah. - Tun Mahathir nafi arah Ops Lalang. - Kerajaan sama sekali tidak sokong LGBT. #AWANInews

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

PN lantik Sanusi Ketua Pengarah Pilihan Raya - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya gabungan itu.

PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.

Kejatuhan kerajaan PN harus diteladani kerajaan hari ini - PM Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata jawatan meskipun penting, ia bukanlah segalanya dalam perjuangan.

PRN: PH tumpu rampas Kedah, yakin kekalkan tiga negeri
Pakatan Harapan (PH) akan memberi tumpuan kepada Kedah dalam usaha merampas negeri itu yang kini ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pembangkang, Pagoh, Marang tak pernah berdepan PM di Parlimen - Saifuddin Nasution
Saifuddin memerli beberapa pemimpin utama PN, yang didakwa tidak pernah 'berdepan' dengan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Dakwaan fitnah Muhyiddin: Zahid tegaskan sedia disiasat, sifatkannya aduan politik
Beliau masih belum berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis itu namun menegaskan ia adalah aduan politik semata-mata.

Pas nafi keluar PN - Tuan Ibrahim
Pas menafikan dakwaan kononnya parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

PRN: PN setuju pemimpin dari Bersatu jadi MB di Selangor, N.Sembilan
PN bersetuju untuk melantik pemimpin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi Menteri Besar di Selangor dan Negeri Sembilan jika gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kes mahkamah bagi melemahkan PN menjelang PRN - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendakwaan terhadapanya dibuat bagi melemahkan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pendakwaan Muhyiddin satu serangan politik, persepsi salah - Fahmi
Muhyiddin sepatutnya mempertahankan diri di makamah dan bukan berhujah di jalanan serta khalayak umum dengan melemparkan tuduhan bahawa pendakwaan terhadap dirinya adalah bersifat serangan politik.