Skip to main content

Politik

PN putuskan Ketua Pembangkang baharu 14 Mac ini - Takiyuddin

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan diadakan pada 14 Mac ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk pemilihan calon Ketua Pembangkang di Parlimen.  Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, notis pemakluman mengenai perkara itu telah dihantar kepada ahli Majlis Tertinggi PN._Sinar Harian
Takiyuddin (tengah) ketika sidang akhbar di Parlimen pada Selasa. -Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan diadakan pada 14 Mac ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk pemilihan calon Ketua Pembangkang di Parlimen.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, notis pemakluman mengenai perkara itu telah dihantar kepada ahli Majlis Tertinggi PN.

Advertisement

“PN akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi pada 14 Mac, hari Sabtu, jam 11 pagi.

"Notis sudah pun dikeluarkan kepada semua ahli-ahli mesyuarat ahli Majlis Tertinggi,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen di sini pada Selasa.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menggesa supaya pimpinan Pas segera menamakan Ketua Pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Langkah itu penting katanya, memandangkan ia melibatkan imej dan maruah Perikatan Nasional PN.

Ujarnya, ini kerana Hamzah sudah tidak lagi menjadi ahli Bersatu dan PN kerana dipecat parti, sekali gus tidak berhak untuk terus memegang jawatan tersebut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik Pengerusi PN yang baharu menggantikan Muhyiddin. -Sinar Harian

Must Watch Video