awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN tidak letak calon PRK Kinabatangan, Lamag - Tuan Ibrahim

Bernama
Bernama
10/12/2025
09:50 MYT
PN tidak letak calon PRK Kinabatangan, Lamag - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar fail
KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah.

Ringkasan AI
  • Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, Sabah selepas kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin.
  • Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN di Kuala Lumpur semalam membuat keputusan itu selepas kekosongan kerusi berlaku berikutan kematian Bung Moktar.
  • SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 16 Disember bagi urusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag susulan kekosongan luar jangka berkenaan.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam.
Semalam, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 16 Dis ini.
Hal itu susulan kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Dis lepas.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 66 tahun di sebuah hospital swasta di Sabah pada 1.46 pagi, kurang seminggu selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag untuk penggal kedua.
Pada Pilihan Raya Negeri 29 Nov lepas, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.
Di peringkat politik nasional, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada November 1999 dan terus berkhidmat selama enam penggal berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#PRK
#Perikatan Nasional
#Bung Moktar meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan