KUALA LUMPUR: PKR berharap Kabinet yang akan bermesyuarat esok, dapat melihat kembali keputusan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri, yang disifatkan tergesa-gesa.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin berkata, terdapat beberapa peristiwa pertukaran Menteri Besar seperti Perak dan Kedah, serta pertukaran Perdana Menteri, yang tidak memerlukan pembubaran DUN atau Parlimen, sehingga menyebabkan pilihan raya.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata, sehubungan itu PKR menegaskan parti itu enggan menerima cadangan darurat namun pada masa sama menolak pilihan raya negeri (PRN) kerana ia membahayakan kesihatan rakyat, ekoran negeri itu masih dalam pemulihan daripada pandemik COVID-19.
“Kita tahu keadaan sekarang ini, amat tidak sesuai untuk mengadakan PRN dan PKR telah katakan dengan tegas, dari segi prinsip kita tidak setuju dengan PRN.
“Itu pertama, keduanya terdapat juga cadangan yang saya fikir cadangan separuh masak daripada Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) yang mencadangkan supaya dibuat darurat.
“Kita tahu darurat ini tentu akan beri kesukaran kepada rakyat Melaka sekarang in... (lebih-lebih lagi) kerana apabila pembubaran (DUN) itu berlaku, tidak ada lagi kerajaan, tidak ada lagi wakil rakyat.
“...Yang ada hanya hanyalah Ketua Menteri Caretaker (Datuk Seri Sulaiman Md Ali)... dan Bajet Negeri pun belum dibentangkan lagi. Ini sudah tentu menyukarkan rakyat Melaka, dan dari segi prinsip, PKR dan Pakatan Harapan (PH) sentiasa konsisten tidak setuju dengan darurat ini," katanya kepada media di Petaling Jaya, malam ini.
Turut bersama beliau ialah Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad; dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.
Difahamkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga ADUN Sungai Udang sepatutnya menyertai sidang media berkenaan, namun beliau tidak muncul.
Sebelum ini, Pakar Perlembagaan Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata, walaupun PRN Melaka perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas pembubaran DUN berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, namun di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, darurat boleh diisytihar bagi kawasan berkenaan untuk mengelak daripada penggunaan Perlembagaan secara normal.
Mengulas lanjut, Shamrahayu yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata mengikut Perlembagaan Negeri Melaka, ia tidak mensyaratkan untuk Yang Dipertua Negeri berbincang dengan mana-mana pihak bagi pembubaran DUN selain daripada permintaan Ketua Menteri.
"Jadi pada saya, sekiranya ada permintaan daripada ketua menteri yang telah kehilangan kepercayaan majoriti, maka berpandukan kepada Fasal (2) Perkara 8 Perlembagaan Negeri Melaka yang menyatakan bahawa Yang Dipertua Negeri bertindak mengikut budi bicara dalam pelaksanaan kuasa di bawah iaitu melantik seorang ketua menteri, untuk tidak memberi perkenan atau memberi perkenan untuk pembubaran dewan sekiranya ada permintaan dilakukan.
"Jadi tidak timbul soal sama ada Yang Dipertua Negeri hendaklah berbincang dengan mana-mana pihak. Kalau nak berbincang pun, ia terserah kepada Yang Dipertua Negeri. Jadi pendekatan yang diambil oleh peringkat Persekutuan sebelum ini adalah berbeza daripada pendekatan yang diambil oleh Yang Dipertua Negeri Melaka," katanya.
Firdaus Azil
Thu Oct 07 2021
Shamsul Iskandar berkata, PKR juga konsisten untuk menolak cadangan pilihan raya negeri. - Gambar fail
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.
PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.
Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.
Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur
Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.
Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata sekiranya kerjasama itu ditolak ia akan merugikan parti.
Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di Melaka.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.
Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.