IPOH:Selepas hampir tiga jam bermesyuarat, tiada seorang pemimpin UMNO buka mulut untuk mengulas pasca Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Perak.
Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara individu yang awal meninggalkan mesyuarat itu.
Antara pemimpin pusat lain termasuk Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Parit, Datuk Nizar Zakaria.
LAPOR LANGSUNG: ''Saya telah cuba melakukan yang terbaik' - Faizal Azumu umum letak jawatan
BACA: Kerajaan UMNO dan PH di Perak?
Kesemua mereka selesai bermesyuarat sekitar jam 10.15 malam.
Ia disusuli mesyuarat melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang selesai jam 11 malam.
Pada Ahad, Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Dec 05 2020

Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara individu yang awal meninggalkan mesyuarat itu. - Astro AWANI

TERKINI: Anwar fail permohonan semakan kehakiman

AWANI Ringkas: KSN jalani kuarantin kendiri sehingga 31 Jan | Pastikan pendapatan naik selari pemulihan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Kontak Rapat | KSN batal sidang media, di arah kuarantin diri
Sidang media berhubung berhubung pengurusan darurat petang ini terpaksa dibatalkan selepas Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Tan Sri Mohd Zuli Ali dilaporkan terpaksa menjalani kuarantin wajib. Dalam kenyataan melalui Instagramnya, Ketua Setiausaha Negara itu berkata, beliau perlu menjalani kuarantin wajib sehingga 31 Januari ini atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kain rentang desak Presiden UMNO berundur bukan perbuatan 'orang dalam' - Jalaluddin Alias
Kain rentang berkenaan dikesan dipasang di tiga lokasi berasingan dengan menggunakan logo serta nama UMNO bahagian.

MAQIS | Rampas 61,932 kg ayam sejuk beku dari Thailand
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengagalkan cubaan membawa masuk 5,161 keratan ayam sejuk beku seberat 61,932 kilogram bernilai 495,608 ringgit dari Thailand. Kesemua ayam sejuk beku itu dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Malaysia (ICQS) pada jam 9 malam tadi.

COVID-19 | Kerajaan global gagal tangani impak ketidakadilan
Kerajaan di seluruh dunia gagal menangani impak ketidakadilan global yang berleluasa dan kian meningkat akibat pandemik COVID-19. Ia menyebabkan kaum wanita, golongan terpinggir dan kumpulan etnik menjadi golongan yang menanggung kesan daripada krisis ini sekali gus menjadikan mereka lebih cenderung dilanda kemiskinan dan dikecualikan daripada penjagaan kesihatan.

Politik Itali | Giuseppe Conte hilang sokongan
Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte dijangka letak jawatan pada selasa. Pejabatnya mengesahkan, perkara itu akan diumumkan kepada gabungan pakatannya.

COVID-19 | Tiada penularan COVID-19 dari nelayan asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa komited mengawal perairan negara bukan sahaja daripada dibolosi nelayan asing malahan bagi menggelakkan kluster baharu COVID-19. Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata setakat ini tiada penularan COVID-19 direkodkan melibatkan nelayan tempatan mahupun asing.

PKP 2.0 | Pemuda dikompaun RM1,000 tidak daftar MySejahtera
Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mengecualikan kawasan luar bandar, malah penguatkuasaannya dipertingkat. Dalam satu operasi baru-baru ini, seorang pemuda berusia 20 tahun dikompaun 1,000 ringgit kerana tidak mendaftar aplikasi MySejahtera ketika memasuki sebuah premis di pekan Kuala Nerang.

Tambah Anggota | APM Tawau perkasakan kekuatan anggota
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan satu badan sukarela yang terlibat dengan semua tugas-tugas penyelamatan dan kawalan seperti Sekatan Jalan Raya (SJR) dan pusat kuarantin di negara ini. Sehubungan itu, APM bahagian Tawau merekrut 32 Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) bagi memastikan tenaga anggota mencukupi sekiranya diperlukan.

Politik Perak: Hampir tiga jam bermesyuarat, pemimpin UMNO kunci mulut
Selepas hampir tiga jam bermesyuarat, tiada seorang pemimpin UMNO buka mulut untuk mengulas pasca Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Perak.