awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: Calon BN diminta lengkapkan kempen di 20 PDM pada minggu pertama

Bernama
Bernama
17/04/2025
20:15 MYT
PRK Ayer Kuning: Calon BN diminta lengkapkan kempen di 20 PDM pada minggu pertama
Ahmad menunjukkan bakat memasak nasi goreng ketika hadir membantu Dr Mohamad Yusri berkempen pada PRK DUN Ayer Kuning, pada Khamis. - Gambar Bernama
TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir diminta melengkapkan kesemua siri kempen di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Ayer Kuning pada minggu pertama ini bagi memastikan gerak kerja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan lancar.
Ketua Sekretariat War Room UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Mohamad Yusri sebelum hari penamaan calon pada 12 April lepas, bagi mengelakkan kekangan masa pada saat akhir kempen.
"Bagi minggu kedua, perlu ulang balik (kempen di PDM) tetapi lebih berfokus," katanya kepada pemberita selepas melawat PDM Batu Tiga, di sini, pada Khamis.
Ahmad berkata, UMNO juga mengamalkan kaedah jentera berlapis merangkumi jentera tempatan, bahagian angkat dan negeri angkat, berperanan membantu mengukuhkan kehadiran serta gerakan parti di peringkat akar umbi.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, ketiga-tiga lapisan ini memainkan peranan penting terutama dalam mendepani cabaran sepanjang kempen termasuk memastikan pengundi luar kawasan balik mengundi.
PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April ini, manakala pengundian awal pada 22 April.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#penamaan calon
#Perikatan Nasional
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan