awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: Dua modal politik lonjak peluang BN - Shamsul Iskandar

Bernama
Bernama
24/04/2025
04:30 MYT
PRK Ayer Kuning: Dua modal politik lonjak peluang BN - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar berkata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berjaya menjawab pelbagai isu dimainkan pembangkang pada persidangan DUN Perak dari 15 hingga 22 April. - Gambar fail
TAPAH: Sentimen positif pengundi terhadap calon dan hujah kukuh dalam menangkis dakwaan pihak lawan menjadi dua 'modal politik' untuk Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini.
Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berjaya menjawab pelbagai isu dimainkan pembangkang pada persidangan DUN Perak dari 15 hingga 22 April, iaitu dalam tempoh kempen PRK Ayer Kuning sedang rancak berlangsung.
"Sentimen rakyat sangat baik terhadap calon. Tambahan pula, Menteri Besar Perak berjaya menjawab pelbagai isu dimainkan pembangkang. Ini memperkukuh kredibiliti kerajaan negeri dan BN.
"Usaha mereka (pembangkang) untuk menyerang BN tidak berjaya mencapai matlamat," katanya kepada Bernama ketika membantu kempen calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir di Kampung Sungai Ranggas di sini malam tadi.
Bagaimanapun, Shamsul Iskandar yang juga Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya menekankan kepentingan strategi dalam memastikan kadar keluar mengundi adalah tinggi bagi mencapai kemenangan pada PRK itu.
PRK Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#BN
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan