POLITICS
PRK Ayer Kuning: Rakyat lebih kritikal memilih pemimpin

Calon BN, Dr Yusri Bakir dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika berkempen di PRK DUN Ayer Kuning. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Medan pertembungan politik di Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning menyerlahkan sikap pengundi yang semakin kritikal dalam memilih pemimpin.
Ringkasan AI
- Kajian Ilham Centre menunjukkan pengundi kini lebih kritikal, menolak janji politik populis dan retorik, sebaliknya mahukan janji yang realistik dan boleh dilaksanakan.
- Pengundi muda, khususnya anak muda Melayu, dilihat kurang teruja menyertai kempen secara fizikal, menjadikan mereka kumpulan pengundi kritikal yang mencabar parti politik.
- Pola pengundian majoriti senyap semakin sukar diramal, meningkatkan ketidakpastian terhadap keputusan akhir PRK DUN Ayer Kuning.
"Manifesto mengangkat naratif populis bukan lagi kemahuan rakyat, sebaliknya pengundi mahu melihat janji yang mampu dilaksanakan serta objektif munasabah.
"Mereka tidak lagi mudah menerima slogan retorik yang diketengahkan dalam ceramah kempen," ujar Hisomuddiin Ketika ditemu bual dalam program Pantau Agenda Reformasi terbitan Astro AWANI.
Selain itu, kajian Ilham Centre juga mendedahkan trend dan sikap pengundi muda yang tidak lagi teruja atau aktif menyertai kempen pilihan raya secara fizikal.
Segmen anak muda Melayu juga dilihat sebagai kumpulan pengundi kritikal dan memberi cabaran kepada parti-parti politik yang sepanjang dua minggu tempoh berkempen.
Senario ini menyebabkan pola pengundian majoriti senyap semakin sukar dibaca lantas meningkatkan lagi ketidakpastian dalam menentukan keputusan akhir pertembungan politik PRK Ayer Kuning.
Seramai 31,315 pengundi berdaftar dijangka menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat pada Sabtu, sebanyak 19 pusat mengundi membabitkan 63 saluran akan dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami