POLITICS
PRK Ayer Kuning: SK Toh Tandewa pusat mengundi pertama ditutup

Petugas SPR menutup pagar Pusat Mengundi SK Toh Tandewa Sakti, Tapah tepat jam 4 petang selepas tamat waktu mengundi bagi PRK DUN Ayer Kuning. - Foto Astro AWANI
TAPAH: Pusat Pengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Tandewa Sakti, Tapah menjadi pusat mengundi pertama ditutup bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Ringkasan AI
- SK Toh Tandewa Sakti, Tapah, menjadi pusat mengundi pertama yang ditutup pada PRK DUN Ayer Kuning, tepat jam 4 petang.
- Tiga pengundi, termasuk pasangan suami isteri, sempat menunaikan tanggungjawab mereka sebelum pusat mengundi ditutup.
- Pusat mengundi ini mempunyai 378 pengundi berdaftar dan merupakan salah satu daripada 19 pusat mengundi yang dibuka.
Walaupun hampir ditutup, tiga pengundi, termasuk sepasang suami isteri sempat menunaikan tanggungjawab mereka pada saat-saat akhir.

Poon Tuck Chee dan isteri, Lim Yoke Yin sempat mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Tandewa Sakti, Tapah sebelum ditutup jam 4 petang. - Foto Astro AWANI
Salah seorang daripada mereka, Poon Tuck Chee, 49, memberitahu dia terlewat kerana urusan keluarga.
"Saya bertolak dari Ipoh tadi pukul 3.05 petang sebab uruskan hal anak-anak.
Jalan pun tak sesak dan kami sampai sebelum pintu pagar ditutup. Saya rasa lega bila dah mengundi," katanya ditemani isteri, Lim Yoke Yin, 49, ketika ditemui di luar pekarangan sekolah berkenaan.
Dibuka pada jam 8 pagi, Pusat Mengundi SK Toh Tandewa Sakti mempunyai seramai 378 pengundi berdaftar dan menjadi salah satu daripada 19 pusat mengundi yang dibuka.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami