awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Cameron Highlands: 'Betul ke beri wang? Periksa dulu' - Dr Wan Azizah

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
13/01/2019
08:06 MYT
PRK Cameron Highlands: 'Betul ke beri wang? Periksa dulu' - Dr Wan Azizah
DR WAN AZIZAH: Betul ke? Kamu perlu periksa dulu. -Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu semua pihak tidak membuat sebarang andaian berhubung gambar yang didakwa pemberian rasuah ketika kempen pilihan raya Cameron Highlands.
“Betul ke? Anda tak boleh (nampak) orang beri (wang) dan ambil gambar.
"Kamu perlu periksa dulu. Tolong,” katanya kepada media pada Ahad.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Positif 2019 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini.
Gambar yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang wanita yang memakai baju Pakatan Harapan sedang memberikan sesuatu dipercayai wang tunai kepada beberapa anak muda Orang Asli.
Tindakan itu didakwa netizen seperti cuba merasuah dan ia digunakan parti lawan sebagai bahan kempen pilihan raya.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#Konvensyen Malaysia Positif
#pilihan raya kecil
#TPM
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan