awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Mahkota: DAP Johor bantu pastikan kemenangan calon BN

Bernama
Bernama
09/09/2024
06:01 MYT
PRK DUN Mahkota: DAP Johor bantu pastikan kemenangan calon BN
Liew berkata keputusan berkenaan diambil dalam satu mesyuarat khas mengenai persiapan menghadapi PRK DUN Mahkota. - Foto Bernama
KLUANG: Jawatankuasa DAP Negeri Johor memutuskan bahawa parti tersebut akan membantu calon Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 Sept nanti.
Pengerusinya Liew Chin Tong berkata keputusan berkenaan diambil dalam satu mesyuarat khas mengenai persiapan menghadapi PRK DUN Mahkota, yang diadakan di pejabat Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Kluang semalam.
Beliau berkata selain membantu calon BN, Syed Hussein Syed Abdullah, 40, untuk memenangi PRK tersebut, mesyuarat berkenaan turut memutuskan bahawa semua pimpinan DAP Johor perlu membantu sepanjang kempen diadakan.
"DAP Johor menyedari pentingnya PRK DUN Mahkota dalam menentukan hala tuju politik negara menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Sekiranya calon Kerajaan Perpaduan untuk PRK Mahkota diterima semua kaum, ia akan mengukuhkan lagi kestabilan Kerajaan Persekutuan.
"Ia juga dapat merapatkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN di peringkat negeri yang akan mengembalikan kebangkitan Malaysia menuju lonjakan ekonomi kedua," katanya.
Sabtu lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien, sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK DUN Mahkota
#DAP Johor
#bantu calon BN
#Syed Hussein Syed Abdullah
#Liew Chin Tong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan