awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang pusat data teroka sumber air bawah tanah
Ramai bekas pemimpin mohon kembali kepada UMNO, keputusan selepas PAU - Asyraf
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Mahkota: Pemilihan calon BN di peringkat akhir - Khaled Nordin

Bernama
Bernama
30/08/2024
08:40 MYT
PRK DUN Mahkota: Pemilihan calon BN di peringkat akhir - Khaled Nordin
Khaled (foto) berkata banyak nama calon telah dipertimbangkan dan calon yang dipilih akan diumumkan selepas negara menyambut Hari Kemerdekaan. -Gambar fail/Bernama
KLUANG: Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kini di peringkat akhir, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO dan koordinator BN untuk PRK DUN Mahkota berkata banyak nama calon telah dipertimbangkan dan calon yang dipilih akan diumumkan selepas negara menyambut Hari Kemerdekaan.
"Ia (pengumuman calon) akan dilakukan ketika BN melancarkan jentera pilihan raya dalam sedikit masa lagi. Kita habiskan (sambutan) kemerdekaan dahulu," katanya selepas melancarkan Program e-Perkasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kem Mahkota di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September sebagai hari pengundian PRK DUN Mahkota, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 14 September.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang pada 2 Ogos lepas.
Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT dan UPSI merupakan inisiatif tajaan Yayasan LTAT untuk memperkasa pendidikan anak-anak warga ATM yang bersekolah di luar kem tentera sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun 2024.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#Mohamed Khaled Nordin
#koordinator BN
#nama calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan