awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kemaman: Jangan pilih Ahli Parlimen 'separuh masa' - Bekas ADUN

Bernama
Bernama
24/11/2023
23:00 MYT
PRK Kemaman: Jangan pilih Ahli Parlimen 'separuh masa' - Bekas ADUN
Wan Abdul Hakim ketika sidang media berhubung perkembangan kempen PRK Kemaman di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman. - Foto BERNAMA
CHUKAI: Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman diharap dapat membuat penilain bijak dengan memilih calon yang boleh mencurahkan khidmat bakti sepenuh masa, bukan hanya secara part time bagi mewakili suara mereka di Parlimen, pada hari pengundian, 2 Dis ini, kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.
Beliau berkata adalah sesuatu yang merugikan pengundi di Parlimen itu sekiranya pemimpin yang diangkat nanti tidak dapat berkhidmat sepenuh masa kerana mempunyai komitmen lain.
Mengambil kira faktor itulah menurutnya menyebabkan Barisan Nasional (BN) menampilkan calon langsung iaitu Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang bukan sahaja mampu memberi komitmen penuh, malah memahami keperluan Parlimen itu sebagai individu yang membesar di Kemaman.
"Tagline kita adalah 'Kemamang untuk Kemamang', sebab calon kita orang Kemaman yang membesar di Kemaman dan akan berkhidmat di Kemaman. Kalau dia dipilih, dia Ahli Parlimen sepenuh masa, bukan 'parttime'.
"Dia tiada jawatan menteri, dia bukan Menteri Besar dan dia akan jadi Ahli Parlimen yang akan berkhidmat sepenuh masa di sini. Dia juga bukan calon Perdana Menteri seperti sesetengah orang itu," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Wan Abdul Hakim yang juga Pengerusi Media UMNO Bahagian Kemaman berkata pemilihan Raja Mohamed Affandi yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera itu boleh menjadi jambatan penghubung antara rakyat Terengganu dan kerajaan pusat.
"Di Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak ada satu pun Ahli Parlimen yang mewakili BN dan selari dengan Kerajaan Perpaduan. Jadi kalau kita angkat calon daripada BN ini, maknanya inilah satu-satunya wakil Parlimen kita dengan Kerajaan Perpaduan di negeri kita.
"(Jadi) Kita minta rakyat Kemaman pada hari mengundi nanti untuk beri sokongan kepada calon BN. Kita hanya minta satu kerusi sahaja dan kami akan pastikan satu ini kualitinya lebih bernilai dari kuantiti yang ramai," katanya.
PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Dis ini sebagai hari mengundi menyaksikan Raja Mohamed Affandi berdepan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kemaman
#ahli parlimen separuh masa
#Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan