JOHOR BAHRU: Hanya berbaki kurang 48 jam bagi calon-calon yang bertanding kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram untuk meyakinkan pengundi dengan tawaran mereka.
Keberkesanan jentera calon parti-parti yang bertanding dalam menyampaikan mesej, tawaran serta menjelaskan isu-isu berbangkit dalam tempoh singkat ini, pastinya kritikal terutamanya kepada pengundi atas pagar.
Justeru, parti yang berjaya menterjemahkannya kepada undi pastilah akan muncul sebagai 'pemenang' sekali gus menoktahkan segala persoalan dan isu yang dibangkitkan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung sejak 26 Ogos lepas.
Penganalisis Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid berkata kemenangan yang berpihak kepada PH bakal menjadi satu indikator penting kepada Kerajaan Perpaduan (PH).
Beliau yang yakin PH mampu mengekalkan kemenangan di Pulai, berkata PH dan Barisan Nasional (BN) sudah belajar kelemahan mereka daripada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
"Semasa PRN di enam negeri baru-baru ini, keserasian PH-BN kurang... kita lihat seolah-olah UMNO tidak dapat menggunakan kekuatan untuk memobilisasi pengundi.
"Ia berbeza di Johor sebab UMNO bermula di Johor, rekod kemenangan PRN (Johor) juga UMNO menang 40 daripada 56 kerusi. Dari segi kekuatan dan keserasian, di mana sahaja kempen, ada jentera PH dan BN kempen diadakan, ini sekali gus menunjukkan ada keserasian," tambah Mohd Azhar.
Sementara itu, penganalisis politik Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata kemenangan kedua-dua kerusi boleh memberikan legitimasi moral dalam konteks Kerajaan Perpaduan.
"Apapun keputusan PRK, ia tidak mengubah keadaan politik, di negeri ataupun persekutuan. Namun ia melibatkan soal keabsahan moral. Ia akan memberi legitimasi moral ke atas kedudukan Kerajaan Perpaduan jika menang kedua-dua kerusi, walaupun itu adalah kerusi Amanah," kata penganalisis Universiti Sains Malaysia itu.
Sivamurugan berkata terjemahan undi bergantung kepada keberkesanan perayu undi dalam memastikan pengundi memilih berdasarkan parti dan tidak terpengaruh dengan apa-apa isu yang dibangkitkan oleh pihak lawan.
Katanya, PN jelas membawa naratif bahawa mengurangkan kerusi dapat mengurangkan mandat dua pertiga kerajaan Persekutuan, bagaimanapun pengundi kali ini dilihat lebih bersikap menyaksikan gelagat kepartian parti-parti bertanding.
"(Yang paling penting) adalah peranan jentera PH-BN untuk memastikan peratusan keluar mengundi tinggi. Saya jangkakan kemungkinan terdapat perpecahan di kalangan pengundi Melayu, justeru terpulang kepada peratusan pengundi bukan Melayu.
"Jadi yang penting kena pastikan ramai keluar mengundi dan meminimumkan undi protes selain meyakinkan pengundi atas pagar untuk mengundi PH-BN. Tempoh 48 jam ini adalah masa yang sangat kritikal," kata beliau.
Menurutnya tidak timbul isu pertikaian terhadap pemilihan calon bagi PH memandangkan calon Pulai Suhaizan Kaiat dekat dengan penyandang Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dan ia sekali gus memberi sentimen emosi serta simpati kepada mereka yang mahu melihat kesinambungan kerja-kerja Allahyarham.
Penganalisis politik Mujibu Abd Muis pula berkata isu-isu yang dibangkitkan PN ketika kempen seperti keistimewaan Melayu, kerakyatan, ataupun mengenai keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijangka tidak memberi kesan signifikan kepada kempen.
"(Namun) soalnya siapa yang akan dapat kelebihan daripada isu-isu ini, sama ada PN dapat menarik undi Melayu atau undi pindah kepada mereka serta sejauh mana isu-isu ini memberi motivasi atau ilham kepada pengundi.
"Semasa PRN Johor, tidak ramai pengundi bukan Melayu dilihat keluar mengundi. Kita melihat trend itu ada untuk PRK ini. Pengundi Cina dilihat agak taktikal dan rasional. Ini sangat signifikan untuk PH kalau berjaya tarik pengundi bukan Melayu keluar mengundi, selain dapat undi daripada (orang-orang) UMNO," kata.
Beliau yang juga Felo Penyelidik ILHAM Centre dan Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara itu berkata peratusan keluar mengundi akan menjadi salah satu faktor kemenangan PH terutama di kerusi Pulai.
"Keupayaan PH untuk mempertahankan (kerusi Pulai) agak tinggi," katanya sambil menambah kecenderungan PN yang dlihat lebih menyasarkan kerusi Simpang Jeram untuk menang bagi menguatkan lagi naratif mereka bahawa Melayu menolak BN dan UMNO, sekiranya menang.
Sepanjang kempen PRK, PN banyak tertumpu di Simpang Jeram dengan calon mereka Dr Mohd Mazri Yahya daripada PAS, menggunakan kelebihannya sebagai doktor pakar untuk mendekati pengundi.
Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya, di Pulai terdapat sebanyak 166,653 pengundi dengan 44.18 peratus atau 73,619 pengundi adalah Melayu, diikuti pengundi Cina sebanyak 40.46 peratus (67,434 orang), India sebanyak 12.31 peratus (20,508 orang), manakala kaum lain sebanyak 3.06 peratus (5,092 orang).
Di Simpang Jeram pula, terdapat 40,379 pengundi dengan 51.87 peratus (20,946 pengundi) adalah Melayu, 44.6 peratus (18,010 orang) adalah pengundi Cina, India sebanyak 2.53 peratus (1,022 orang dan kaum lain adalah 0.99 peratus (401 orang).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
![PRK: Kemenangan PH indikator penting untuk Kerajaan Perpaduan - Penganalisis PRK: Kemenangan PH indikator penting untuk Kerajaan Perpaduan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693626434_TBBENDERAPR.jpg)
Hanya berbaki kurang 48 jam bagi calon-calon yang bertanding kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram untuk meyakinkan pengundi dengan tawaran mereka. - Gambar hiasan/BERNAMA
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722052200_tbucapantakziah.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.
![Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722051144_ArifAiman.jpg)
Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner
Steinbruckner berkata ketiadaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta Safwan Mazlan merencatkan perancangan skuad penyu.
![Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722049078_tbParisOlympic.jpg)
Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti
Turut dipamerkan adalah perayaan tradisional Tahiti Rahiri, mewakili permainan adil dan saling menghormati antara atlet.
![Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722048993_tbOnnHafizGhaziT.jpg)
Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan
Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis Johor akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri itu.
![MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718874615_MUDA.jpg)
MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718617485_kkbjpg.jpg)
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717411531_PKRSungaiBakap.jpg)
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
![Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716799080_LawChooKiang.jpg)
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
![PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713792521_TBZambryKadir.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
![PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713677107_MuhyiddinYassinPN.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
![PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695555539_TeoNieChing.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
![Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698987394_DatukIkmalrudinIsh.jpg)
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
![DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673172040_TeoNieChing.jpg)
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
![Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711088263_AmirudinShari.jpg)
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.