awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'

Pia Ernadya
Pia Ernadya
19/04/2024
11:08 MYT
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
SERENDAH: Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) Pakatan Harapan (PH), Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
“Kami ada beberapa calon yang layak dan DAP dah adakan satu perbincangan dan akan kemukakan kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP untuk membuat satu keputusan muktamad sebelum kita bawa ke PH untuk perbincangan.
“... senarai calon itu panjang kerana yang layak itu ramai. Ada Cina, Melayu, India... dan keputusan itu belum dibuat lagi,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis pecah tanah projek pembinaan MCE Auto Hub di Serendah pada Jumaat.
Sementara itu, Sze Han berkata, pengumuman calon itu dijangka dibuat pada malam Rabu depan di Kuala Kubu Baharu.
Pada 4 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).
Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong, susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac.
Kee Hiong, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu ialah PRK ketujuh yang akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#calon DAP
#calon melayu
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan