awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Mahkota: Tentera, polis tunai kewajipan esok

Bernama
Bernama
23/09/2024
06:31 MYT
PRK Mahkota: Tentera, polis tunai kewajipan esok
Proses pengundian akan berlangsung di tiga pusat mengundi awal esok. - Gambar fail/Bernama
KLUANG: Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, esok.
Proses pengundian akan berlangsung di tiga pusat mengundi awal iaitu di Dewan Mahkota yang terletak dalam Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim.
Semua pusat mengundi akan dibuka 8 pagi dan ditutup pada 5 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di bandar Kluang pagi esok namun ribut petir dijangka melanda pada sebelah petang.
PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.
DUN Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang mempunyai keseluruhan 66,318 pengundi.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#undi awal
#tentera
#anggota polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan