awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2024
03:20 MYT
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Radzi (kanan) bertemu orang ramai di Masjid Saidina Al-Khattab ketika dalam perjalanan ke Ladang Sungai Terah di Gua Musang. - Facebook Dr Radzi Jidin
GUA MUSANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui mereka berdepan kesukaran untuk mencari dan memilih calon bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Naib Presidennya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.
"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon Bersatu bertanggungjawab memilih calon. Dalam banyak-banyak, ada seorang calon yang memenuhi ciri-ciri, namun dia orang Pas.
"Nenggiri adalah kerusi Bersatu. Jadi saya katakan kepada Pas, boleh bagi ke Mohd Rizwadi Ismail kepada kami dan jadi ahli Bersatu sebelum ia dipersetujui," katanya ketika menyampaikan ceramah umum di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Terah dekat sini malam tadi.
Menurut beliau, selepas mencapai kata sepakat Mohd Rizwadi diumumkan sebagai calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) yang bertanding menggunakan logo Pas.
Ujarnya, Mohd Rizwadi yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggap calon terbaik dan cukup pakej.
Radzi memberitahu, pengalaman sebagai bekas anggota TLDM, aktif berdakwah dan kerja kemasyarakatan adalah pakej yang hebat jika dibandingkan dengan pihak lawan.
Tambah beliau, keluasan DUN Nenggiri ibarat seperti Perlis dan sudah tentu memerlukan calon yang terbaik dari segi usia, keupayaan, kekuatan mental dan penerimaan rakyat. - Sinar Harian
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#PRK Nenggiri
#Radzi Jidin
#calon pilihan raya
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan