awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Nenggiri: Kemenangan BN bukan sahaja amanah tetapi tanggungjawab besar - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
17/08/2024
14:55 MYT
PRK Nenggiri: Kemenangan BN bukan sahaja amanah tetapi tanggungjawab besar - Ahmad Zahid
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kejayaan Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah kepercayaan diberikan pengundi yang bukan sahaja satu amanah tetapi juga tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan.
"Dengan mandat ini, kita raikan dengan penuh tawaduk dan keinsafan bahawa jalan perjuangan masih panjang serta usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN akan tetap diteruskan.
"Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan. Terima kasih Nenggiri," katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam ini.
Calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, menang pada PRK DUN Nenggiri dengan majoriti besar 3,352 undi.
Beliau memperoleh 9,091 undi dan menewaskan pencabarnya calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional yang meraih 5,739 undi.
Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Pilihan Raya DUN Nenggiri Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub selaku pengarah operasi serta seluruh jentera BN dan semua jentera parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang bertungkus lumus membantu bagi memastikan kemenangan Mohd Azmawi Fikri.
"Tiada ungkapan lebih besar dapat saya ungkapkan selain Engkaulah Yang Memberikan Kekuasaan Ya Allah.
"Setinggi-tinggi penghargaan saya sampaikan kepada seluruh pengundi di N.43 DUN Nenggiri yang telah memberikan kepercayaan semula buat Barisan Nasional untuk kembali berkhidmat kepada rakyat di sini," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#PRK Nenggiri
#kemenangan BN
#Barisan Nasional
#Ahmad Zahid Hamidi
#Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan