awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Bomba terima 30 jentera FRT bernilai RM60 juta - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Nenggiri: Mohd Azizi beri laluan kepada PH-BN

Bernama
Bernama
30/06/2024
14:11 MYT
PRK Nenggiri: Mohd Azizi beri laluan kepada PH-BN
Mohd Azizi berkata sebaliknya beliau akan memberi laluan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi yang disandangnya. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim tidak akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan Ogos ini.
Mohd Azizi berkata sebaliknya beliau akan memberi laluan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.
"Ini bukan soal kerusi yang dipertandingkan tetapi kita menghormati semangat setiakawan dalam kalangan komponen parti," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Selain itu, Mohd Azizi berkata beliau telah menghantar surat kepada Bersatu semalam menggesa parti berkenaan memberi butiran jelas mengenai pemecatan keahliannya.
Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong bermula dari tarikh berkenaan setelah menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian Mohd Azizi pada 13 Jun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala hari pengundian pada 17 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Nenggiri
#Mohd Azizi Abu Naim
#beri laluan
#PH-BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan