awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pelangai: Bertanding calon Bebas, Pemuda UMNO Bentong dipecat - Ahmad Zahid

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/09/2023
02:10 MYT
PRK Pelangai: Bertanding calon Bebas, Pemuda UMNO Bentong dipecat - Ahmad Zahid
Haslihelmy sebelum ini menyatakan kesediaan dipecat daripada UMNO dan menegaskan keputusan bertanding di DUN Pelangai diambil bagi memastikan suara rakyat terutama generasi muda didengar. - Gambar fail/Sinar Harian
BENTONG: Pemuda UMNO Bahagian Bentong, Haslihelmy DM Zulhasli, dipecat serta-merta keahliannya daripada parti berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu disahkan presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Haslihelmy, yang juga ahli UMNO Kampung Sum-Sum, memutuskan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
“Walaupun beliau menjadi calon Bebas, secara automatik mulai hari ini keahlian beliau gugur,” katanya secara ringkas kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Haslihelmy yang nekad bertanding atas tiket Bebas pada PRK DUN Pelangai yang dijadual berlangsung 7 Oktober ini.
Terdahulu, Haslihelmy dilihat tiba di pusat penamaan calon sekitar jam 9.05 pagi.
Sebelum ini, media melaporkan, Haslihelmy menyatakan sedia dipecat daripada UMNO dan menegaskan keputusan bertanding diambil bagi memastikan suara rakyat terutama generasi muda di Pelangai didengar.
Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong Datuk Amizar Abu Adam, 50 tahun, anak jati Felda Chemomoi, bagi mempertahankan kerusi tersebut.
Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) meletakkan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bentong Kasim Samat, 63 tahun, lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim, bagi memberikan saingan pada PRK berkenaan.
Proses menghantar borang penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi.
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#PRK Pelangai
#Haslihelmy DM Zulhasli
#calon Bebas
#Pemuda UMNO Bentong dipecat keahlian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan