awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pengkalan Kubor: Bukan PAS umum calon tapi Pakatan Rakyat - Mat Sabu

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
06/09/2014
03:33 MYT
PRK Pengkalan Kubor: Bukan PAS umum calon tapi Pakatan Rakyat - Mat Sabu
PRK Pengakalan Kubor: Bukan PAS umum calon tapi Pakatan Rakyat
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan partinya akan mengumumkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor 11 September nanti.
Sebaliknya Mohamad berkata, selepas ceramah di Tumpat malam tadi beliau menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon mereka pada tarikh tersebut.
"Saya katakan bahawa PAS mahu bertanding, PKR juga mahu bertanding dan perkara ini boleh dirunding, apa sahaja keputusan kita terima.
"Saya sebut, Pakatan Rakyat akan umumkan calon pada 11 September bukan PAS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sementara itu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan Mohamad menyatakan Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon sehari selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya..
"Tidak disebut pun PAS akan umum calon, yang dimaksudkan akan umum calon ialah Pakatan Rakyat," katanya kepada Astro AWANI.
Awal hari ini Bernama melaporkan Mohamad yang ditemui selepas ceramah berkata PAS akan mengumumkan calon mereka yang bakal bertanding di DUN itu pada 11 September.
Pilihan Raya Kecil Dun Pengakalan Kubor akan diadakan pada 25 September ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 13 September.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham memenangi kerusi Dun itu selepas menewaskan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Topic Berkaitan
#BN
#PAS
#PKR
#PRK Pengkalan Kubor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan