awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pengkalan Kubor: Pemuda UMNO dekati pengundi muda

Bernama
Bernama
01/09/2014
07:08 MYT
PRK Pengkalan Kubor: Pemuda UMNO dekati pengundi muda
KHAIRY: Pemuda UMNO akan pastikan 45 peratus pengundi muda PRK Pengkalan Kubor didekati.
Pemuda Umno akan memastikan 45 peratus pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor didekati jentera pergerakan itu sepenuhnya sebelum pilihan raya kecil kawasan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata undi kumpulan berkenaan adalah penting bagi memastikan DUN itu kekal di tangan Barisan Nasional (BN), lebih-lebih lagi majoriti yang dimenangi tidak begitu besar.
"Saya pun dah arahkan Naib Ketua Pemuda ke sana sejak minggu lepas. Kita dah buat persiapan awal dan kita sedang kumpulkan maklumat tentang pengundi-pengundi muda di sana.
"Pengundi-pengundi muda di bawah 40 tahun di Pengkalan Kubor adalah seramai 45 peratus, jadi agak tinggi. Bagi saya amat penting bagi kita cuba mendekati seramai mungkin," katanya kepada pemberita selepas menyertai program senamrobik anjuran radio Era FM di sini, hari ini.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Pada PRU 2013, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 Sept, manakala penamaan calon pada 13 Sept.
Topic Berkaitan
#DUN
#KHAIRY
#kubor
#pangkalan
#pemuda
#pengundi
#PRK
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan