awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Semenyih: Nik Aziz Afiq calon PSM

Bernama
Bernama
13/02/2019
21:37 MYT
PRK Semenyih: Nik Aziz Afiq calon PSM
Nik Aziz Afiq, usahawan yang mengendalikan pusat urutannya sendiri, dipilih sebagai calon kerana banyak terlibat dalam pergerakan parti, bukan atas faktor demografik. - Facebook Nik Aziz Afiq
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan Nik Aziz Afiq Abdul, 25, sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Anggota Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan yang juga Pengarah PRK DUN Semenyih bagi PSM, berkata Nik Aziz Afiq ialah aktivis rakyat sepenuh masa dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda PSM sejak 2017.
"Beliau akan membawa obor anak muda bagi pilihan raya kecil ini, yang mana 45 peratus pengundi ialah orang muda berumur bawah 40 tahun," katanya ketika majlis mengumumkan calon PRK Semenyih bagi PSM, di sini malam tadi.
Menurut Arutchelvan, Nik Aziz Afiq, seorang usahawan muda yang mengendalikan pusat urutannya sendiri dipilih kerana banyak terlibat dalam pergerakan parti dan bukan kerana faktor demografik di mana beliau berbangsa Melayu.
Hadir sama, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Dr Michael Jeyakumar dan Ketua Pemuda PSM, Khalid Ismath.
Sementara itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat menghadiri program santai bersama orang ramai di sebuah pasar raya besar di sini.
BACA: 'Saya pencuri hati rakyat' - Najib Razak
Beliau turut dilihat mengambil swafoto dengan orang ramai selepas tiba kira-kira 8.40 malam.
PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.
Penamaan calon PRK Semenyih ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal 26 Feb dan pengundian pada 2 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktivis rakyat
#calon
#demografik
#Nik Aziz Afiq Abdul
#orang muda
#Parti Sosialis Malaysia
#pilihan raya kecil
#PRK Semenyih
#PSM
#pusat urutan
#S Arutchelvan
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan