awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 400 tangkapan dibuat menerusi Op Cantas - Ketua Polis Negara

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
29/07/2023
07:53 MYT
PRN: 400 tangkapan dibuat menerusi Op Cantas - Ketua Polis Negara
Razarudin berkata Op Cantas akan terus digerakkan semasa tempoh berkempen termasuk aktiviti ceramah yang melibat 82 pasukan di daerah-daerah dan kontinjen-kontinjen yang ditetapkan. - Foto hiasan
BUKIT AMAN: Sebanyak 400 tangkapan telah dibuat menerusi Op Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan ketenteraman awam dapat dikekalkan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan yang dibuat melibatkan pergaduhan, rusuhan dan pelbagai kesalahan jenayah lain yang dikenal pasti boleh merebak menjadi insiden yang lebih parah.
"Op Cantas ini telah bermula pada pertengahan Mei hingga 29 Jun di Kelantan dan lima negeri lain iaitu Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media di sini, hari ini.
Apabila ditanya sama ada tangkapan yang dibuat melibatkan mana-mana parti politik, Razarudin menjelaskan sebahagiannya tidak berkaitan, memandangkan polis mahu mengambil tindakan pencegahan awal.
Beliau berkata, Op Cantas akan terus digerakkan semasa tempoh berkempen termasuk aktiviti ceramah yang melibat 82 pasukan di daerah-daerah dan kontinjen-kontinjen yang ditetapkan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, PDRM mengatur gerak pasukan Op Cantas Khas untuk menjalankan risikan, pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan sepanjang proses pilihan raya
Dalam operasi tersebut seramai 80,000 pegawai dan anggota seluruh negara diatur gerak untuk penugasan PRU15 bagi memastikan tahap keselamatan terjamin dan memberi keyakinan kepada orang ramai untuk keluar mengundi secara selamat.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#PRN
#tangkapan
#PDRM
#Op Cantas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan