awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Calon BN Jeram Padang patah kaki kiri, mohon maaf kepada pengundi

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2023
08:29 MYT
PRN: Calon BN Jeram Padang patah kaki kiri, mohon maaf kepada pengundi
Mohd Zaidy berkata, beliau tetap bersemangat untuk kembali berkempen bertemu pengundi sekali gus bagi memastikan kemenangan kepada BH di DUN Jeram Padang. - Gambar/ Sinar Harian
JEMPOL: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir mengalami patah kaki kiri selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Pasir Besar-Palong, di sini pada Isnin.
Menurut Mohd Zaidy, kejadian jam 3.25 pagi itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang ke inap desa di Palong 2, di sini selepas berjumpa dengan jentera parti di Bahau.
"Disebabkan pemandu saya sudah kepenatan kerana seharian berkempen, dia tidur di tempat duduk penumpang dan saya ambil alih memandu.
"Namun sebaik sampai di satu selekoh kenderaan kami terbabas dan masuk ke kiri jalan. Lagi pun keadaan jalan agak gelap," katanya dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.
Bagaimanapun, beliau yang kini dimasukkan di wad Hospital Jempol bersyukur kerana selamat namun pemandunya agak kritikal.
Sehubungan itu, beliau meminta maaf kepada masyarakat DUN Jeram Padang kerana tidak dapat turun berkempen dalam beberapa hari ini.
"Selepas berehat dua atau tiga hari ini, Insya-Allah saya akan kembali berjumpa dengan pengundi dan mungkin terpaksa menggunakan kerusi roda.
"Saya mohon agar doakan saya cepat sembuh dan anggap musibah berlaku adalah ketentuan Allah," katanya.
Mohd Zaidy berkata, beliau tetap bersemangat untuk kembali berkempen bertemu pengundi sekali gus bagi memastikan kemenangan kepada BH di DUN Jeram Padang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab mengesahkan kemalangan berlaku.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berlaku menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4412502 dan Bilik Gerakan IPD Tampin di talian 06-4431999 bagi membantu siasatan.
"Kertas siasatan telah dibuka di bawah sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca kemalangan masih dalam siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Negeri Sembilan
#calon DUN Jeram Padang
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan