awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Calon PN guna logo Pas di Kelantan, Terengganu - Takiyuddin

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
18/05/2023
08:13 MYT
PRN: Calon PN guna logo Pas di Kelantan, Terengganu - Takiyuddin
Maklum Takiyuddin, setakat ini pembahagian kerusi antara parti gabungan PN telah 95 peratus selesai. - Fail/Sinar Harian
KOTA BHARU: Calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di Kelantan dan Terengganu akan mengunakan logo parti Pas.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata bagi empat buah lagi negeri, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, calon terbabit akan mengunakan logo PN.
Maklumnya, setakat ini pembahagian kerusi antara parti gabungan PN telah 95 peratus selesai.
"(Penggunaan) logo pada PRN masih kekal. Di Kelantan, Terengganu kekal guna logo Pas, empat negeri lain, (calon) PN, guna logo PN.
"Boleh dikatakan 95 peratus sudah selesai, pembahagian kerusi parti komponen, terpulang kepada parti untuk tentukan calon-calonnya yang boleh menang.
"Nama calon yang bakal bertanding pula akan dicadangkan oleh pimpinan negeri Bersatu dan juga Pas sebelum jawatankuasa di peringkat Pusat membuat keputusan," katanya di sini hari ini.
Jelasnya hanya pengagihan beberapa kerusi di Selangor dan Negeri Sembilan belum dapat dimuktamadkan lagi.
Formula pembahagian kerusi antara Pas dan Bersatu katanya turut menggunakan formula sama yang digunakan pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Jelas Takiyuddin lagi, pembahagian kerusi antara Pas dan Bersatu berjalan lancar dan mencapai kata sepakat yang baik.
Beliau berkata, pembubaran DUN di enam buah negeri terbabit dijangka dibuat penghujung bulan ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata PN optimis untuk menguasai lebih banyak kerusi DUN pada PRN kali ini berdasarkan penerimaan rakyat ketika ini.
Topic Berkaitan
#logo Pas
#Perikatan Nasional
#Takiyuddin Hassan
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan