KOTA BHARU: Calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di Kelantan dan Terengganu akan mengunakan logo parti Pas.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata bagi empat buah lagi negeri, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, calon terbabit akan mengunakan logo PN.
Maklumnya, setakat ini pembahagian kerusi antara parti gabungan PN telah 95 peratus selesai.
"(Penggunaan) logo pada PRN masih kekal. Di Kelantan, Terengganu kekal guna logo Pas, empat negeri lain, (calon) PN, guna logo PN.
"Boleh dikatakan 95 peratus sudah selesai, pembahagian kerusi parti komponen, terpulang kepada parti untuk tentukan calon-calonnya yang boleh menang.
"Nama calon yang bakal bertanding pula akan dicadangkan oleh pimpinan negeri Bersatu dan juga Pas sebelum jawatankuasa di peringkat Pusat membuat keputusan," katanya di sini hari ini.
Jelasnya hanya pengagihan beberapa kerusi di Selangor dan Negeri Sembilan belum dapat dimuktamadkan lagi.
Formula pembahagian kerusi antara Pas dan Bersatu katanya turut menggunakan formula sama yang digunakan pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Jelas Takiyuddin lagi, pembahagian kerusi antara Pas dan Bersatu berjalan lancar dan mencapai kata sepakat yang baik.
Beliau berkata, pembubaran DUN di enam buah negeri terbabit dijangka dibuat penghujung bulan ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata PN optimis untuk menguasai lebih banyak kerusi DUN pada PRN kali ini berdasarkan penerimaan rakyat ketika ini.
Muhafandi Muhamad
Thu May 18 2023
Maklum Takiyuddin, setakat ini pembahagian kerusi antara parti gabungan PN telah 95 peratus selesai. - Fail/Sinar Harian
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
PRN: Calon PN guna logo Pas di Kelantan, Terengganu - Takiyuddin
Calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang di Kelantan dan Terengganu akan mengunakan logo parti Pas.
PRN: Calon PN di Kelantan, Terengganu guna logo Pas - Muhyiddin
Keputusan dicapai hasil perbincangan bersama parti komponen yang setuju mengguna pakai kaedah sama seperti pada PRU15.
Pas pertimbang guna logo baharu untuk berdepan PRU15
Pas sedang mempertimbangkan untuk menggunakan logo baharu dalam pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan lambang Perikatan Nasional (PN).
Penggunaan logo Pas pada PRU15 sedang dibincangkan - Hamzah
Perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat tertinggi Perikatan Nasional (PN).