awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: 21 kompaun pelanggaran SOP ketika kempen

Bernama
Bernama
02/03/2022
13:59 MYT
PRN Johor: 21 kompaun pelanggaran SOP ketika kempen
Kompaun yang dikeluarkan ke atas individu dan penganjur program yang termasuk dalam kempen PRN Johor itu disebabkan kesalahan umum tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengeluarkan 21 kompaun sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula Sabtu lepas, kata Pengarahnya Datuk Dr Aman Rabu.
Beliau berkata setakat 2 petang hari ini, kompaun yang dikeluarkan ke atas individu dan penganjur program yang termasuk dalam kempen PRN Johor itu disebabkan kesalahan umum tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
"Saya menasihati agar semuanya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Dr Aman berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan penguatkuasaan JKNJ melibatkan kompaun yang dikeluarkan sepanjang kempen PRN tersebut.
Pada 14 Feb lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan Kementerian Kesihatan mengeluarkan kompaun kepada beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Bendahari Agung Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad dan Presiden MIC Tan Sri S. A Vigneswaran.
Selain itu, penganjur program tinjaun mesra Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pulai, Ahad lepas, turut dikompaun.
Sehari sebelum itu, calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Azrol Ab Rahani yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai dikompaun RM1,000 kerana gagal membuat penjarakan fizikal iaitu melakukan laga penumbuk di Dewan Raya Bandar Putra, Kulai.
Terbaharu, tiga kompaun bernilai RM3,000 dikenakan terhadap penganjur ceramah mega pertama anjuran Pakatan Harapan, malam semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#JKNJ
#kompaun
#Pelanggaran SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan