PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Pontian.
Beliau yang juga ahli Parlimen kawasan itu berkata, beliau hanya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli Parlimen.
Ahmad juga berkata, bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beliau hanya akan membantu operasi dan kempen seperti ditugaskan oleh pucuk pimpinan.
“Saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak akan bertanding di mana-mana DUN dalam kawasan Parlimen Pontian ini.
“Dan saya tumpukan tugas saya sebagai Ahli Parlimen dan apabila waktunya nanti, bila Pilihan Raya Umum ke-15, apa pun saya pasti membantu untuk DUN Benut dan Pulai Sebatang.
“Dan saya akan menyokong penuh Datuk Hasni (Mohammad) dicalonkan semula untuk DUN Benut dan sudah pasti kita berharap semua jentera digerakkan untuk membantu beliau dan dalam konteks Parlimen Pontian ini kita ingin menawan DUN Pulai Sebatang,” jelasnya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembubaran DUN ikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri - MB Johor
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina 2022 di Dewan Kompleks Muafakat Seri Pinggan, Benut, Pontian pada Jumaat.
Hadir menyempurnakan majlis itu adalah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor.
Menurut Ahmad, beliau kini mempunyai fokus untuk membantu beberapa kawasan DUN sama ada untuk mengembalikan kerusi itu menjadi milik BN ataupun mengekalkannya.
Katanya, pucuk pimpinan memberi harapan pada beliau memandangkan beliau merupakan orang Johor yang memahami keadaan dan kelebihan negeri itu sendiri.
Ditanya mengenai senarai calon atau kerjasama dengan mana-mana parti politik, Ahmad berkata semua rundingan berhubung perkara itu masih berjalan dan belum dimuktamadkan.
Astro Awani
Fri Jan 28 2022

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Pontian. - Gambar fail/BERNAMA

Ambil kira impak kepada murid-murid - Radzi Jidin
"Kadang-kadang orang marah Menteri orang Kelantan, nak masuk Kelantan tak boleh. Kita kena adil kepada murid,'' kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin. Katanya, waran negeri ada maksimum.

Pertukaran guru boleh mohon bila-bila masa saja tetapi ... - Radzi Jidin
Permohonan boleh dibuat bila-bila masa tetapi prosesnya adalah empat kali setahun, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengenai pertukaran guru.

Kes dera: Adik mangsa disyaki turut terima nasib sama
Mangsa diselamatkan dari sebuah rumah di Desa Pengkalan Bandaraya, Ipoh, malam tadi.

COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.

Keluar wang dari mesin ATM tanpa perlu guna kad, tawaran baharu buat pelanggan Maybank
Bagi mengaktifkan pilihan tersebut, pengguna perlu menekan ATM cash-out di aplikasi MAE.

Sambutan Hari Guru peringkat nasional diadakan di Kelantan buat kali pertama
Sambutan Hari Guru yang diadakan di Bachok ini dihadiri oleh sebahagian warga pendidik dari seluruh negara.

COVID-19: Singapura lapor tiga kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5
Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5

Aktres Tamil ditemui mati pada hari lahir
Sahana ditemui mati tergantung di tingkap tandas di kediamannya pada malam hari kelahirannya ke 22.

Kes dera: Pasangan suami isteri direman tujuh hari
Perintah reman bermula Isnin itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

Penghantar makanan maut dilanggar bas
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Usul pindaan perlembagaan UMNO tangguh pemilihan parti lulus - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau.

Khaled Nordin akan bentang usul pinda perlembagaan UMNO Sabtu depan
Usul pindaan Perlembagaan UMNO akan dibentangkan Naib Presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Perhimpunan Agung UMNO Khas.

MKT UMNO bincang tindakan Ku Li jumpa Amanah - Ahmad Maslan
Sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan dan pandangan sebelum diluluskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Semua 2,666 perwakilan Pemuda mesti hadir PAU Khas - Ahmad Maslan
Ia antara beberapa keputusan utama Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 14 April lalu.

Menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM bukan helah - Ahmad Maslan
UMNO tiada helah tersembunyi dan setiap parti berhak untuk menamakan mana-mana calon atau pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri.

MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Kerajaan, PM sudah tidak terikat dengan MoU - Ahmad Maslan
Pembangkang langgar MoU yang telah ditandatangani, jadi, kerajaan dan Perdana Menteri tidak lagi terikat dengan MoU itu.

Kerajaan sasar defisit fiskal lebih rendah, 6 peratus KDNK
Kerajaan turut mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2022 di antara 5.5 dan 6.5 peratus.

UMNO perlu kekal momentum kemenangan untuk hadapi PRU15 - Ahmad Maslan
Momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor bukti kekuatan parti yang perlu diteruskan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Kurang undi popular: Malaysia tidak amal 'Presidential Election' - Ahmad Maslan
Tegas Ahmad, demokrasi di Malaysia berlandaskan sistem first past the post dan bukan presidential election seperti di Amerika Syarikat.