awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Calon BN Larkin tekad teruskan perjuangan Shahrir Samad

Israr Khalid
Israr Khalid
08/03/2022
00:00 MYT
PRN Johor: Calon BN Larkin tekad teruskan perjuangan Shahrir Samad
Pusat aktiviti setempat untuk anak muda juga mahu diperjuangkan Mohd Hairi andai diberikan mandat. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) N.44 Larkin, Mohd Hairi Mad Shah berazam meneruskan legasi yang telah dibentuk oleh bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad di kawasan ditandinginya.
Tekad beliau mahu membasmi kemiskinan bandar serta mewujudkan ekosistem yang rancak dan sihat untuk anak muda dengan membangunkan infrastruktur diperlukan.
Beliau melihat pelan pembangunan yang telah dirangka Shahrir banyak tergendala selepas Parlimen itu jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14, dan beliau mahu meneruskan rancangan itu.
“Apabila tewasnya ketika PRU14 banyak penempatan setinggan yang sepatutnya kita sediakan perumahan yang selesa itu tergendala, jadi di bandar ini kita nak kurangkan setinggan.
“Sebab itu saya harapkan tawaran yang saya boleh berikan adalah untuk menyambung kembali tradisi-tradisi Tan Sri Shahrir yang menyuarakan suara-suara rakyat.”
Selaku orang muda, beliau juga melihat perlunya ada pusat perkumpulan untuk anak muda menjalankan aktiviti mereka secara santai, sihat dan mengeratkan komuniti.
“Saya akan bersuara dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Majlis Daerah untuk menyediakan anak muda satu ‘port’ untuk orang muda beriadah, berniaga, di satu tempat.
“Saya sudah kenal pasti tempat-tempat (yang sesuai), insya-Allah saya akan buat jika diberi mandat.”
Mohd Hairi berkata demikian dalam program Agenda AWANI Johor Memilih yang dihoskan Nazri Kahar.
Tonton di sini:
PRN Johor | Miskin bandar dan ekosistem anak muda asas perjuangan - Calon BN N.44 Larkin
Agenda AWANI: PRN Johor | Anak muda untuk bangsa Johor
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#PRN Johor
#Mohd Hairi Mad Shah
#shahrir samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan