MERSING : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau adalah hak milik anak tempatan, tegas calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Fakrulradzi Mahmud.
Beliau dalam masa sama mengingatkan kepada calon Barisan Nasional (BN), Youzaimi Mohd Yusof bahawa kerusi itu bukan milik kayangan.
"DUN Endau adalah milik anak muda Endau dan milik petani, sekian lama dipimpin oleh BN tiada perubahan yang berlaku terhadap anak muda dan petani.
"Lebih buruk, mereka lebih ditindas dan isu hak milik tanah juga masih belum selesai.
"Kayangan makin kenyang, para petani makin ikat perut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ujarnya lagi, Mersing yang merupakan bandar pelancongan sepatutnya mempunyai potensi namun keadaan prasarananya masih lagi terencat.
Fakrulradzi turut membidas Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abd Latiff Ahmad yang disifatkan tidak berfungsi di kawasan tersebut.
"Mersing merupakan kawasan pelancongan tapi masih mundur, Ahli Parlimen Mersing sendiri tidak memberi manfaat kepada rakyat Mersing," ujarnya lagi.
Tampil dengan kenyataan tegas, beliau menegur calon BN agak tidak terlalu riak dan perlu berhati-hati untuk menawan kerusi itu.
Dalam pada itu, calon DUN N32 itu juga turut menyentuh mengenai isu pertanian yang sememangnya membelenggu petani tempatan.
Ini termasuk soal kenaikan harga baja, racun, dan dedak yang sememangnya memberi tamparan hebat kepada pemain industri tersebut.
Menerusi kenyataan itu juga, Fakrulradzi yakin mampu memenangi hati pengundi di Endau selain lebih memahami keluhan rakyat di kawasan itu.
Fakrulradzi yang merupakan calon termuda dalam PH bakal berdepan saingan daripada Mohd Youzaimi Yusof (BN), Alwiyah Talib (PN), Mohd Norhisyam Ibrahim (Pejuang), dan juga calon Bebas, Ismail Don.
Hilmi Malik
Mon Feb 28 2022
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau adalah hak milik anak tempatan, tegas calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Fakrulradzi Mahmud. - Foto ihsan Fakrulradzi Mahmud
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
PRN Johor: Fakrulradzi ingatkan calon BN, Endau bukan milik kayangan
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau adalah hak milik anak tempatan tegas, calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Fakrulradzi Mahmud.