awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Gabungan calon pelbagai, 'poster boy' Hasni pastikan kemenangan BN - Exco Pemuda UMNO

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/02/2022
08:24 MYT
PRN Johor: Gabungan calon pelbagai, 'poster boy' Hasni pastikan kemenangan BN - Exco Pemuda UMNO
Exco Pemuda UMNO Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin berkata, kepelbagaian calon BN mampu membawa kestabilan untuk politik Johor. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Jaminan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakkan calon baharu, dan berpengalaman, serta barisan anak muda, mampu menjamin kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Exco Pemuda UMNO Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin berkata, kepelbagaian calon BN dijangka mampu membawa kestabilan yang diharapkan untuk politik Johor.
Selain itu, katanya lagi, memilih Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad sebagai ‘poster boy’, yang beliau sifatkan tenang, berkebolehan, dan berani membuat keputusan, juga antara faktor kemenangan BN.
“BN mampu meraih kemenangan besar semasa Pilihan Raya Negeri Johor nanti berdasarkan kenyataaan Presiden UMNO (Ahmad Zahid) dan juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berjanji akan meletakkan lebih ramai calon baharu dan berpengalaman, serta anak muda yang berpotensi membawa kestabilan politik di negeri Johor.
“Dengan poster calon Menteri Besar Johor YAB Datuk Seri Hasni Mohammad yang tenang, berkebolehan, berani membuat keputusan, ini juga antara faktor kepada kemenangan BN di negeri Johor nanti, InsyaAllah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Muqharabbin berkata, Pakatan Harapan (PH) dilihat kurang mempunyai calon berkaliber, dan ditambah pula pergolakan perebutan kuasa dalam PH, dan juga Perikatan Nasional.
Selain itu, katanya lagi, sikap Parti Muda yang hipokrit dan masih tidak matang dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan semasa, serta janji-janji manifesto yang membuatkan rakyat Johor menyampah dan tidak lagi akan termakan dengan janji-janji manis PH dan PN.
“Saya harapkan agar rakyat negeri Johor dapat bijak memilih dan mengundi demi sebuah kemakmuran bangsa, kestabilan ekonomi negeri, dan membantu BN memenangi PRN Johor nanti.
“Saya percaya, UMNO dan BN telah banyak berubah dan belajar daripada kelemahan dan kekalahan PRU 14 yang lalu,” katanya lagi.
Sebagai Pemuda UMNO Malaysia, Muqharabbin berkata, beliau memohon kepimpinan atasan, dapat meletakkan calon-calon muda yang berwibawa terutamanya 26 sahabat-sahabat Ketua Pemuda Bahagian di Johor, bersama gandingan muka-muka lama yang berpengalaman dalam menarik sokongan rakyat Johor.
Topic Berkaitan
#Johor Memilih
#Exco Pemuda UMNO
#Calon BN
#Muhammad Muqharabbin
#PRN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan