PONTIAN: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Benut, di sini bagi mengemukakan borang pencalonan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Benut.
Hasni, 63 tahun, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor tiba sekitar 9.02 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.
Beliau yang lengkap memakai baju Melayu berwarna biru sempat melambai tangan dan mengucapkan terima kasih kepada pengamal media.
Hasni adalah penyandang kerusi DUN Benut sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Selain Hasni, turut tiba di PPC sama ialah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Isa Ab Hamid daripada Perikatan Nasional (PN).
Ia kemudian disusuli dengan ketibaan Iskandar Noor Ibrahim daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Haniff @ Ghazali Hosman (PKR).
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Benut merupakan DUN di bawah Parlimen Pontian, di mana berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 28,165 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.
Satu lagi DUN di bawah Parlimen Pontian ialah N.54 Pulai Sebatang.
Pada PRU14, Hasni menang dengan majoriti 4,447 menewaskan calon PKR, Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaffar (Pas).
Kesemua 56 PPC bagi PRN Johor dibuka bermula 9 hingga 10 pagi hari ini.
Hasimi Muhamad
Sat Feb 26 2022
Hasni tiba di Dewan Serbaguna Benut bagi mengemukakan borang pencalonan untuk kerusi DUN Benut sekitar pukul 9.02 pagi ini. - Astro AWANI
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PRN Johor: Hasni akui berdepan saingan teramai sejak bertanding
Hasni Mohammad akan bersaing dengan calon Perikatan Nasional, Pejuang dan Pakatan Harapan di DUN Benut.
PRN Johor: Hasni berdepan saingan empat penjuru
Hasni akan ditentang Senator Datuk Isa Ab Hamid daripada Perikatan Nasional dan dua lagi calon, iaitu dari Pejuang dan PKR.
PRN Johor: Hasni, tiga lagi calon tiba di PPC DUN Benut
Hasni tiba sekitar jam 9.02 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.
MB Johor beri bayangan akan pertahan DUN Benut
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding dan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.