Skip to main content

Politik

PRN Johor: Kadar keluar mengundi cecah 26.43 peratus setakat 11 pagi - Pengerusi SPR

PONTIAN, 10 Julai -- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun bercakap kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir SPR menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup di Dewan Serbaguna Permas, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kadar keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 mencecah 26.43 peratus setakat pukul 11 pagi hari ini, mengatasi kadar yang direkodkan pada waktu sama semasa PRN lepas, kata Ramlan. - Gambar Bernama
Advertisement

JOHOR BAHRU: Kadar keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 mencecah 26.43 peratus setakat pukul 11 pagi hari ini, mengatasi kadar yang direkodkan pada waktu sama semasa PRN lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hingga 11 pagi ini seramai kira-kira 709,000 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Beliau berkata, pada PRN 2022, kadar keluar mengundi setakat 11 pagi hanya sekitar 21 peratus, sekali gus menunjukkan peningkatan yang positif.

"Kita mengharapkan momentum ini akan berterusan sehingga ke petang bagi memastikan seramai mungkin pengundi berdaftar keluar mengundi," katanya selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Uda Utama bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, hujan yang melanda beberapa kawasan termasuk Muar, Kluang dan Johor Bahru dijangka memberi sedikit kesan kepada kadar keluar mengundi pada sebelah petang.

 

Must Watch Video

Advertisement