awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Kerajaan BN akan terus promosi pembukaan sempadan Malaysia-Singapura

Bernama
Bernama
01/03/2022
14:56 MYT
PRN Johor: Kerajaan BN akan terus promosi pembukaan sempadan Malaysia-Singapura
Hasni berkata beliau berharap kedua-dua negara akan membincangkan kaedah terbaik untuk membuka sempadan. - Gambar/ Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak akan berhenti mempromosi langkah pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata beliau berharap kedua-dua negara akan membincangkan kaedah terbaik untuk membuka sempadan.
"Kami telah membentangkan susun atur ulang-alik harian dan prosedur operasi standard yang lengkap serta komprehensif yang telah dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan dan sudah diterima pakai.
"... kita kini beralih ke fasa endemik dan jika ia (sempadan) tidak boleh dibuka sepenuhnya, mungkin kita boleh melihat dari segi sektor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto BN di sini hari ini.
Pengerusi BN Johor itu berkata antara sektor yang perlu dipertimbang ialah perkhidmatan dan pembinaan kerana melibatkan ramai rakyat Malaysia.
Hasni berkata demikian ketika mengulas sama ada isu pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura adalah sebahagian daripada manifesto BN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#pembukaan sempadan
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan