JOHOR BAHRU: Konspirasi politik serta cubaan pembunuhan karakter yang didakwa dirancang dalam tempoh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan melemahkan semangat Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu Kota Tinggi, Rasman Ithnain untuk terus berjuang dalam parti itu.
Rasman berkata, selain isu gangguan seksual dihadapi beliau, isu tidak percaya kepada kepimpinan beliau sebagai Ketua Bahagian sepatutnya diutarakan lebih awal malah boleh diselesaikan di peringkat dalaman.
Perkara itu disuarakan Rasman susulan tindakan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Tinggi, Zaharah Kassim yang meletakkan jawatan serta mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta, semalam.
Rasman berkata, sekiranya benar wujud isu atau masalah ketidakpercayaan seperti dinyatakan ia patut dimaklum lebih awal dan bukan bertindak keluar parti pada tempoh getir menjelang PRN Johor, bulan depan.
"Saya sentiasa terbuka untuk menerima apa-apa maklum balas dan akan sentiasa berhubung dengan kepimpinan parti di peringkat Negeri mahupun Pusat dalam mendapatkan nasihat dan menyelesaikan masalah dalaman Bahagian Parti.
"Tindakan bekas Ketua Srikandi Bersatu Bahagian yang meletak jawatan dan keluar dari parti dalam tempoh beberapa hari lagi penamaan calon dan hari pengundian PRN Johor diadakan adalah amat ‘cliche'.
"Pada peringkat Bahagian mahupun Cawangan, sebarang isu ketidakpercayaan dan ketidakpuasan hati terhadap mana-mana Ketua dan Parti dalam kes ini sepatutnya boleh disuarakan dengan lebih awal lagi," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Semalam, Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Tinggi, Zaharah Kassim umum meletakkan jawatannya dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta melalui satu sidang media selepas mendakwa tidak lagi percaya kepada kepimpinan Rasman.
Rasman yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili berkata, sehingga kini juga tiada sebarang bukti berkenaan 30 ahli Bersatu Bahagian Kota Tinggi yang didakwa turut bertindak keluar daripada parti, semalam.
"Saya hanya ingin menasihatkan mereka yang bertindak keluar parti supaya muhasabah diri dan tidak termakan umpan dengan mana-mana pihak, juka ada yang menjanjikan apa-apa sebagai
balasan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Rasman yang dikaitkan dengan isu gangguan seksual menyifatkan pengadu, Nursyafiqah Badsulhisham yang juga anak kepada Zaharah membuat sidang media secara terbuka terhadap kes itu sebagai mengganggu siasatan pihak polis.
"Negara kita mempunyai undang-undang yang harus dipatuhi dan diikuti. Saya telah dinasihati oleh barisan peguam saya untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen lanjut berhubung siasatan polis ke atas satu laporan polis yang telah dibuat terhadap saya.
"Hal ini disebabkan oleh siasatan yang masih berjalan dan sebarang kenyataan atau spekulasi berpotensi untuk memprejudiskan dan memberi kesan terhadap hasil siasatan.
"Saya juga telah memberi kerjasama dan komitmen penuh kepada pihak PDRM sepanjang tempoh siasatan kes ini," katanya.
Rasman mendakwa, ketika sidang media itu, terdapat kenyataan berbaur fitnah dilemparkan terhadapnya.
Tindakan itu katanya, bukan sahaja membuka ruang untuk tuduhan rambang terus dibuat pelbagai pihak, malah dengan jelas sebagai satu usaha mencemarkan nama beliau sedangkan kes itu masih dalam siasatan polis.
"Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya. Selebihnya, saya menyerahkan segala urusan siasatan kepada polis dan Pejabat Peguam Negara.
"Saya juga sudah mengarahkan barisan peguam saya untuk meneruskan tuntutan tindakan sivil terhadap dua beranak itu yang cuba mencemarkan nama serta imej saya melalui beberapa kenyataan dan tindakan mereka," jelasnya.
Izlaily Nurul Ain Hussein
Sun Feb 13 2022

Rasman berkata, sekiranya benar wujud isu atau masalah ketidakpercayaan seperti dinyatakan ia patut dimaklum lebih awal dan bukan bertindak keluar parti pada tempoh getir menjelang PRN Johor, bulan depan. - Foto Astro AWANI

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.

Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.

Impak pengundi 18 hingga 21 tahun akan dilihat pada PRU15 - Bersih
Rata-rata pengundi muda yang berusia antara 18 hingga 21 tahun tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini.

Peratusan keluar mengundi pemilih muda tidak seperti yang diharap
Kadar peratusan keluar mengundi terutama bagi pemilih muda tidak seperti yang diharapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

PAU2021: "KWSP, terlalu ramai mahu jadi hero" - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakumkan keputusan untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) sudah pun dicapai lebih awal.

PRN Johor: "Parti yang menang terlibat jenayah, Pejuang kalah sebab fokus isu rasuah" - Tun M
Pejuang tidak mempunyai ruang mencukupi untuk membuat persiapan berdepan dengan PRN Johor, kata Dr Mahathir.