awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Parti lawan tidak kisah Johor, hanya mahu sekat kebangkitan BN - Ahmad Zahid

Firdaus Azil
Firdaus Azil
07/02/2022
04:08 MYT
PRN Johor: Parti lawan tidak kisah Johor, hanya mahu sekat kebangkitan BN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mendakwa, parti-parti berkenaan tidak kisah dengan keadaan caca-marba Johor, sebaliknya hanya mahu menyekat kebangkitan BN. - Gambar fail/Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Biarlah parti lain mahu bergabung seberapa banyak sekali pun, Barisan Nasional (BN) akan tetap ‘ready’, dan ‘steady,’ tegas Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO itu berkata, beliau ibaratkan parti lawan sebagai hanya mahu menewaskan UMNO dan BN, biarpun mereka bermusuhan dan berbeza ideologi politik.
Dakwa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, parti-parti berkenaan tidak kisah dengan keadaan caca-marba Johor, sebaliknya hanya mahu menyekat kebangkitan BN.
“BN pula tetap BN yang satu iaitu menyertai pilihan raya untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan makmur buat orang Johor. Persekongkolan mereka andai terjadi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana 96 peratus berasal daripada DNA dan kluster yang sama.
“DNA memfitnah, menghasut, menipu, membohongi dan memperdayakan rakyat demi merebut kuasa semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Tiga peratus daripada kluster katak dan satu peratus lagi kelompok yang masih keliru tentang agenda perjuangan politik mereka akibat pengaruh rakan baharu,” katanya menerusi muat naik di akaun Facebook.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: Penyertaan Pejuang kerana tidak mahu kumpulan rasuah diberi kuasa - Tun M
Ahmad Zahid berkata, rakyat Johor diyakini dapat menilai maknawi 'jajaran baharu' berhipokrasi tahap tertinggi, yang sanggup diusahakan mereka demi menghalang BN dan merebut kuasa.
Beliau berkata, pihak lawan UMNO dan BN tidak pernah jujur dan ikhlas untuk mentadbir Johor dengan baik, sebaliknya hanya melebihkan kuasa daripada tanggungjawab.
“Semoga Bangsa Johor tidak terpedaya sekali lagi dan berpadu mengembalikan kerajaan dominan kerajaan BN untuk sebuah kemajuan dan kesejahteraan yang mutlak,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Johor Memilih
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#PRN Johor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan