awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: 'Rasa puas bila dapat mengundi' - Pengundi muda

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/03/2022
09:42 MYT
PRN Johor: 'Rasa puas bila dapat mengundi' - Pengundi muda
Syafikah Laila ketika ditemui mengakui sedikit gementar ketika pertama kali menjejak kaki ke pusat pengundian. - Gambar/ Astro AWANI
MUAR: Golongan pengundi muda baharu mengakui teruja dan ‘puas’ apabila mereka pertama kali dapat menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.
Mereka turut menyifatkan kesediaan kerajaan membenarkan golongan semuda 18 tahun untuk mengundi sebagai pengiktirafan kepada mereka untuk memilih kerajaan yang stabil.
Syafikah Laila Mohd Eddy Amir, 18, ketika ditemui mengakui sedikit gementar ketika pertama kali menjejak kaki ke pusat pengundian.
Ujarnya, ini adalah masa terbaik untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang stabil serta mampu mencorak kan masa depan mereka.
“Memang puas sangat bila dapat mengundi sebab takut kalau kita dapat pemimpin yang salah, jadi memang kena mengundi betul-betul kali ini.
“Apabila dapat peluang mengundi macam ini, memang saya tak lepaskan sebab kalau sebelum ini cuma boleh dengar sahaja cerita-cerita politik, kali ini peluang berharga untuk kami pula anak muda buat pilihan,” katanya.
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Bagi Muhammad Akil Afiq Muktazam, 21, dia hadir ke pusat mengundi mengikut waktu yang disarankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya, dia tidak mahu bersesak-sesak dan lega dengan proses pengundian yang amat mudah.
“Memang gemuruh sedikitlah sebab ini pertama kali kan, tetapi sebab proses (mengundi) itu mudah jadi saya rasa tidak ada masalah langsung.
“Saya datang pun mengikut waktu yang disarankan oleh SPR, iaitu pada jam 12 tengah hari dan ramai saya tengok pengundi baharu seperti saya dekat pusat mengundi ini,” katanya.
Dalam pada itu, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Zetty Ayub, 21, turut berkongsi keterujaan dengan kelancaran proses pengundian.
Katanya, dia amat berpuas hati dengan petugas SPR kerana memberi tunjuk ajar kepadanya yang pertama kali mengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1, Muar.
“Proses mengundi itu sangat ringkas yang mana hanya mengambil masa kurang 10 minit dan semua petugas amat baik kerana setiap apa yang kami perlu lakukan mereka akan jelaskan terlebih dahulu.
“Jadi walaupun saya pertama kali mengundi memang tidak ada masalah lah walaupun sebelum ini cuma tengok sahaja ibu bapa mengundi,” katanya.
Tinjauan di beberapa pusat mengundi sekitar Muar mendapati pengundi muda mula keluar mengundi pada jam 12 tengah hari sebagaimana disarankan SPR.
PRN Johor merupakan pilihan raya pertama di negara ini yang menyaksikan kira-kira 173,177 individu berusia 18 hingga 20 tahun mengundi buat kali pertama.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Undi18
#pengundi muda
#teruja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan