awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi

Bernama
Bernama
05/07/2023
14:40 MYT
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi berkata tarikh pengundian pada 12 Ogos depan bersesuaian dan memberikan ruang untuk jentera parti PN membuat persediaan menghadapi pilihan raya negeri itu. - Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata setiap kritikan dan pertikaian yang dibawa dalam kempen perlu dipaparkan dengan fakta berasas dan benar, sekali gus dapat mengelakkan daripada fitnah serta adu domba negatif.
"...saya harap dalam kempen pilihan raya negeri ini kempen dijalankan secara sihat, memaparkan fakta benar dan kritikan benar...kalau kita mulakan kempen fitnah atau propaganda adu domba, suasana itu tidak mendatangkan suasana politik sihat," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata tarikh pengundian pada 12 Ogos depan bersesuaian dan memberikan ruang untuk jentera parti PN membuat persediaan menghadapi pilihan raya negeri itu.
Beliau menyifatkan tarikh pengundian itu memberikan tempoh mencukupi kepada parti melaksanakan kempen selepas penamaan calon pada 29 Julai nanti.
"Tarikh 12 Ogos ini juga memberikan ruang dan peluang kepada jemaah haji Malaysia yang baru pulang menunaikan ibadah haji itu, mengundi pada PRN nanti," katanya.
Muhammad Sanusi berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali akan menyerahkan writ pilihan raya kepada semua Pegawai Pilihan Raya di pusat pengundian di semua daerah mengundi esok yang dijangkakan pada 2.30 petang.
Berdasarkan statistik daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat seramai 1,585,085 daftar pemilih bagi PRN Kedah dengan merekodkan sejumlah 104,284 pengundi berumur 18 hingga 20 tahun.
Negeri Kedah mempunyai 36 kerusi dengan kedudukan terkini DUN Kedah menyaksikan PN memiliki 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6); PH menguasai 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2); Barisan Nasional memperoleh dua kerusi (UMNO-2) dan Parti Pejuang Tanah Air (2).
Dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun daripada PKR Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas dan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala ADUN Belantek Datuk Mohd Isa Shafie pula meninggal dunia 14 Jun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN
#UMNO
#kerusi kosong
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan