Skip to main content

Politik

PRN Melaka: BN terbuka runding kerjasama, penggunaan lambang parti - Khaled

Mohamed Khaled (foto) berkata perkara berkenaan bagaimanapun perlu bersandarkan kepada ketetapan dasar dan keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN. -Gambar fail/Bernama
Mohamed Khaled (foto) berkata perkara berkenaan bagaimanapun perlu bersandarkan kepada ketetapan dasar dan keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Barisan Nasional terbuka untuk berbincang mengenai kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk penggunaan logo BN pada PRN Melaka.
  • Keputusan kerjasama tertakluk kepada dasar dan ketetapan pucuk pimpinan tertinggi BN.
  • DUN Melaka dibubarkan pada 23 September dan SPR akan bermesyuarat khas pada 7 Oktober untuk urusan PRN ke-16.

KOTA TINGGI: Barisan Nasional (BN) bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan berhubung bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk yang berhasrat menggunakan lambang gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara berkenaan bagaimanapun perlu bersandarkan kepada ketetapan dasar dan keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN.

"Saya jawab dari segi umum, kalau katakanlah mana-mana pihak yang bersedia untuk bertanding menggunakan logo BN, sangat kita alu-alukan.

"… tetapi (ia) bersandarkan kepada keputusan-keputusan pokok (kepimpinan)," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Asrama Anak-anak Yatim Islam, di sini, hari ini.

Dewan Undangan Negeri Melaka yang mempunyai 28 kerusi dibubarkan berkuat kuasa pada 23 Sept lepas bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Okt ini bagi membincangkan urusan PRN berkenaan termasuk tarikh-tarikh penting seperti hari penamaan calon serta hari pengundian. 

-- BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah pendirian Barisan Nasional (BN) mengenai kerjasama dengan parti politik lain untuk PRN Melaka? 
    A: BN bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan mengenai bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk yang ingin menggunakan lambang BN pada PRN Melaka, tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN.
  • Q: Siapakah yang membuat keputusan muktamad mengenai penggunaan logo BN oleh parti lain? 
    A: Keputusan muktamad mengenai penggunaan logo BN oleh parti lain adalah berdasarkan ketetapan dasar dan keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN.
  • Q: Bilakah Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan dan berapa jumlah kerusi yang terlibat? 
    A: Dewan Undangan Negeri Melaka yang mempunyai 28 kerusi dibubarkan berkuat kuasa pada 23 September lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.
  • Q: Bilakah Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan PRN Melaka? 
    A: Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Oktober untuk membincangkan urusan PRN Melaka termasuk tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
  • Q: Apakah kenyataan Naib Presiden UMNO mengenai parti yang ingin bertanding menggunakan logo BN? 
    A: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyatakan bahawa BN mengalu-alukan mana-mana pihak yang bersedia untuk bertanding menggunakan logo BN, namun ia tertakluk kepada keputusan kepimpinan tertinggi BN.

Must Watch Video

Advertisement