MELAKA: Generasi muda masa kini merupakan generasi teknologi maklumat yang berupaya menganalisa hal politik dengan mudah dan senario itu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan di Facebook berkata ini kerana generasi yang memiliki pemikiran dan cita rasa politik tinggi, halus dan bersifat kompleks itu, akan berfikir secara rasional dan berfakta.
"Generasi ini dikatakan tidak suka menjadi ahli mana-mana parti, tetapi cakna tentang perihal politik. Merekalah generasi teknologi maklumat yang berupaya menganalisa hal politik dengan mudah.
"Namun senario itulah suatu kelebihan buat BN (Barisan Nasional) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak mahupun dalam PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) nanti," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.
Melaka yang mempunyai 28 kerusi DUN, memiliki seramai 495,195 pengundi berdaftar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana generasi yang memiliki pemikiran dan cita rasa politik tinggi, halus dan bersifat kompleks itu, akan berfikir secara rasional dan berfakta. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Lebih segar! Lebih 60 tahun kelabu, pakaian seragam Pengakap Malaysia kini warna 'emerald sea'
Pakaian seragam baharu ini adalah lambang identiti dan kebanggaan bagi setiap ahli PPM.
Golongan muda perlu digalakkan ceburi sektor tenaga boleh baharu - Amir Hamzah
Golongan muda perlu digalakkan untuk menceburi sektor tenaga boleh baharu (TBB) yang dapat membantu usaha kerajaan mempercepat peralihan tenaga negara.
Instagram nasihat remaja tidur jika guna aplikasi lewat malam
Instagram aktifkan ciri baharu yang memberi peringatan kepada remaja untuk tidur jika mereka dikesan menghabiskan masa selepas waktu tidur.
Golongan muda P. Pinang digalak ceburi pertanian moden
Aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi dalam bidang pertanian moden boleh tingkatkan hasil pengeluaran dan menjana pendapatan lumayan.
UMNO perlu tingkatkan ketahanan berjuang dalam politik Melayu dinamik - Mohamad
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menyedarkan UMNO bahawa parti itu perlu meningkatkan ketahanan untuk terus berjuang dalam arena politik Melayu yang semakin dinamik.
Usaha literasi kewangan perlu dipertingkat seawal peringkat sekolah - Ahmad Maslan
Usaha menggalakkan literasi atau celik kewangan masih perlu diperbaiki khususnya di peringkat sekolah supaya rakyat tidak ketinggalan dan 'buta' dalam pengurusan kewangan.
JAWI diminta rangka strategi, pelan tindakan lahir qari dan qariah berkualiti
JAWI diminta menyusun rangka strategi dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti.
Jepak Memilih: Agenda berbeza calon GPS dan Aspirasi
Dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak menggariskan agenda berbeza ketika mengharungi kempen pilihan raya tersebut.
Pengesanan awal bantu cegah risiko kanser payudara, tingkat hasil rawatan
Kanser payudara boleh menyerang sesiapa sahaja dan antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit adalah genetik, sejarah keluarga, perubahan hormon, gaya hidup, umur, kitaran haid dan menopaus.